Thursday, 10 March 2016

Kun Anta Jamala !!

Dulu waktu aku masuk ke universiti , aku ingat untuk diterima oleh orang ramai / senang involve aku mesti fofular seperti orang-orang yang fofular.

Lalu aku menjadi sesuatu yang bukan diri aku sendiri , aku berpura-pura, kalau yang perempuan itu didandan sechantek-chanteknya.

Yang buka aurat , dibuka semua tempat yang boleh dibuka supaya terserlah akan diri dia , sememangnya dirimu begitu berharga ~

Yang lelaki , nak buat rambut acah-acah Qaza , sikat tengah ,sikat tepi pakai pomade banyak2 supaya gaya kekal terpacak , dibelinya malay ombak beard oil tu dipakai supaya tumbuh janggut atau misai yang nanti menyerlahkan kejantananya ~

Yang ustaz satu hal lagi , pakai baju jubah dengan kain rida' tangan 24 jam tasbih  wanginya Mashaallah Tabarakallah selepastu up status Islamik2 sikit kat fb ke sebgainya .

Yang ustazah pula , pakai niqob nak kasi tutup mata akan2 gaya arab bagi nampak ayu , tambah maskara , tudung tu macam2 jenis ada ..

Semua orang ada gaya untuk nampak popular....

Tak ditambah minum makan dikedai ala-ala hipster yang harga satu cawan kopi o  je Rm 5 lebih

Acah-acah ke shopping mall mewah dan up status "currently at .." slpastu orang comment puji kaya laa mewah laa dan sebagainya...

Lalu semuanya ini diselfie dan upload di fb insta dgn hashtag yang pelik2 kadang  sperti #jgnkecamsaya #sistabah #ustazpilihan dan pelbagai lagi ...lalu bergembiralah mereka pabila membuka balik poast mereka itu penuh dengan likers tak kurang juga yang komen macma2 dibawah

Kebanyakkannya perkara yang dilakukan ni semuanya terdesakkan perhatian , ingin diacknowledge oleh orang , so dia idzharkan sesuatu yang kadang2 bukan dari diri dia pon mena nya ... tapi ingin menjadi sesuatu yang nampak boleh promote diri dia ...istilah dia Marketing Sales ..

Aku pun menjadi salah satu yang terdapat diatas tu  , aku gembira dan suka bila jadi popular , semua acknowledge aku , aku suka !

Akan tetapi

Dalam diri aku semakin kurang gembira , semakin tertekan , frust , tension kerana ini bukan diri aku ... akan tetapi hanya lakonan yang aku buat agar diterima untuk menjadi watak utama dalam cerita tersebut ...

lalu aku tak dapat menghayati watak tersebut , dan semakin lama rotting dalam diri aku semakin bertambah ...

Lalu aku mengasingkan diri aku , senyap tanpa cerita,berita , aku tak up status baru aku , moment aku penuh dengan "nada penyesalan "

Aku give up......

Aku tak suka diri aku......

Aku benci orang sekeliling aku.....

Sebab aku fikir orang sekeliling aku berpura-pura juga seperti aku ...

Aku mula putuskan talian dengan kawan-kawan aku....

Pada saat itu aku tersungkur dengan teruk sekali , aku ingat aku takkan mampu naik kembali , aku sangka aku akan seperti ini seumur hidup aku , aku putus asa.....


Lalu pada suatu malam , aku berdoa dengan Allah
aku cakap ...

"Ya Allah , ini bukan diri aku , aku dulu nak perhatian untuk diri aku jee , aku nak perhatian orang , sedangkan perhatian yang paling utama adalah perhatian dariMu , lalu aku jatuh tersungkur disebabkan silap aku sendiri .. dengarkan rintihan aku Ya Allah ...jauh dalam hati aku semakin rosak disebabkan kejahilan diri aku sendiri ..lalu aku datang kepadaMu untuk memohon keampunan dariMu...kasihanilaa hambuMu yang lemah ini "

Aku rasa tenang.....

Lain sangat tenang dia .....

Lalu aku membulatkan tekad !

Hanya  Allah tempat sepatutnya aku dapatkan perhatian ...

Aku mula membetulkan diri aku sendiri...

Kalau dulu solat rongak2 , aku cukupkan guna pendakap
Kalau dulu suka pakai baju mahal2 , sekarang apa yang ada sudah memadai ,
Kalau dulu suka minum di kedai hipster , skrang aku pegi kedai mamak je,

Pendek kata ...
Aku transform diri aku...
Menjadi diri aku sendiri ...
Bukan Someone To Be ....
Cuma kemas terpahat bahawa Habibi Albi aku yang utama jadi penguat ...
Iaitu Rasullulah S.A.W ...


Tak pernah terlambat untuk berubah ....
Tak pernah terlambat untuk menyesal....

Ayuh !

Jadi dirimu yang sebenar 

Monday, 11 January 2016

LELAKI INI DARI MEKAH , PEREMPUAN DARI MADINAH BOLEH KE?


 IKHTILAT IN ISLAM MY BROTHA...

Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan baik?
Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan?
Kalau tanya aku yang dulu aku jawab boleh. Apa salahnya?
Dalam cerita-cerita kat tv tu banyak je laki dengan pempuan kawan-kawan. Macam best je.
Yelah sebab kawan lelaki tak akan jealous bila kau dressing lagi meletops dari dia.
Kawan lelaki pandai bidang-bidang yang biasanya perempuan tak pandai. Contoh komputer, kereta.
Kawan lelaki lebih sesuai untuk korang–korang yang ganas, tak berapa nak control ayu ni.
Dan untuk lelaki, kawan perempuan lebih empati, lebih prihatin.
Pantang tengok muka kau sedih sikit, dia akan tegur.
Kawan perempuan tak akan sampai hati gelakkan korang secara berjemaah bila kau jatuh tergolek depan orang ramai.
Dan kawan perempuan kau tak akan pakai baju yang sama dua hari berturut-turut hingga mengganggu deria bau kau.
Dan dulu aku pernah berangan, sweetnya jatuh cinta dengan kawan baik sendiri sambil menyanyi ‘lucky I’m in love with my best friend.’
Opss, kat mana kita tadi?
Kalau tanya aku yang sekarang aku jawab hampir mustahil..
Sebab?
Tak compatible, leceh, banyak nak kena jaga di mana hampir mustahil boleh dijaga yang mana lebih mudah kalau kata tak boleh. Titik.
Tak faham.
Ok macam ni..
Pertama, antara benda yang nak kena jaga antara lelaki dengan perempuan adalah physical contact.
Tak boleh bersentuh. Langsung.
Dan buang segala kemungkinan serta kebarangkalian benda tu jadi.
So bila kau makan dengan kawan lelaki/perempuan, kena makan jauh-jauh sebab takut tersenggol ke apa.
Bila kau jalan dengan kawan lain jantina, kena jalan jauh-jauh takut tangan tengah sedap hayun terkena tangan dia.
Tak kan ter pun berdosa? Islam kan mudah?
Mungkin betul, tak sengaja tak dosa (aku kata mungkin sebab aku tak tahu)
Tapi macam mana pula dengan tindakan kau yang bawa kepada benda tak sengaja tu.
Contoh, kau tak minum arak tapi duduk semeja dengan orang yang minum arak.
Bila kau terminum air dia sebab ingat tu air Zappel kau, salah tak kau yang gatal juga duduk situ walau kau ada pilihan untuk tinggalkan meja tu?
Kawan-kawan bila dah sedap bercakap, mesti dengan tangan-tangan akan naik.
Atau bila bergurau, mesti ada bertepuk tampar, cubit mencubit, sekeh menyekeh.
Mampu tahan tangan tu setiap masa dan ketika daripada bersentuh dan tersentuh? Lagi kalau tak jaga jarak. Jangan sembang la.
Yang kedua, bila bercakap kau kena pastikan yang suara kau tu tak jatuh pada suara yang boleh dianggap melembutkan/melunakkan suara hingga menimbulkan keinginan tak elok dalam hati lelaki (untuk perempuan)
Hati orang, kau mampu nak tebak?
Dan bila kawan kau tengah sedih, mesti kau nak pujuk lembut-lembut kan.
Macam mana nak pastikan lembut tu tak masuk dalam perkara yang dilarang dalam surah al-ahzab ayat 32 tu?
Menurut Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, message dengan emoticon tu pun boleh masuk dalam melembutkan suara di mana smiley comel-comel boleh dianggap yang perempuan tu cuba bermesra.
Dan untuk lelaki, macam mana nak pastikan ayat-ayat korang tu tak memberi harapan palsu untuk perempuan-perempuan yang mendengar?
Ketiga, bab jaga pandangan.
Senang ke nak bercakap tak pandang muka atau pandang sikit-sikit je.
Kawan, mesti akan minta pandangan kawan kan. Baju aku ok? Kau rasa aku gemuk ke? Aku sado tak? Selalu pergi gym ni. Emmm.
Jadi kat mana konsep menundukkan pandangan tu?
Konsep perempuan solehah tidak memandang dan tidak dipandang lelaki? (vice versa)
Keempat, lelaki dan perempuan bukan mahram dilarang duduk berdua tanpa kehadiran mahram.
So kau tak boleh naik kereta berdua-dua dengan dia, tak boleh keluar jalan-jalan berdua-dua, belajar berdua-dua dekat kantin dan sila senaraikan sendiri.
Perkara kelima yang perlu dijaga adalah sama ada hubungan kau dengan kawan kau yang berlainan jantina tu boleh menimbulkan fitnah atau tak.
Pernah dengar bagaimana Nabi Muhammad s.a.w cepat-cepat bagitahu pada dua orang lelaki yang nampak baginda berdua dengan isteri dia Safiyah, takut lelaki tu ingat Nabi dengan perempuan lain.
Lelaki tu balas, Maha suci Allah, Rasullah. Maknanya mestilah nabi dengan isteri baginda. Nabi kot…
Tapi Nabi balas syaitan tu berjalan dalam salur darah anak adam, takut lelaki tu salah sangka.
Macam tu sekali Nabi jaga agar orang tak berprasangka padahal baginda nabi, orang nak sangka apa pun.
Macam mana pula dengan kita?
So kalau kau berkawan rapat dengan lelaki/ perempuan dan orang anggap korang couple, so yang faham tentang couple tu tentu tahu yang itu dah termasuk dalam fitnah yang memang patut dielakkan.
Ni belum masuk lagi bab tiba-tiba salah seorang terfeeling kat kawan dia.
Sadisnya bila kawan dia tak rasa apa yang dia rasa.
Atau lepas kahwin pasangan kau cemburu pula pada kawan lain jantina kau tu.
Adoi…malas la nak cerita bab ni.
Tapi jangan bimbang..
Semua masalah ni akan selesai kalau kawan kita tu sama jantina.
Boleh duduk dekat-dekat, boleh peluk, pegang tangan, tengok muka dia puas-puas.
Bukan setakat boleh naik kereta berdua-duaan, tidur sebilik sekatil pun boleh ( tulisan ni untuk mereka yang ‘tak bengkok’ sahaja).
Bila dia sedih, kau boleh pujuk dia tanpa risau suara atau ayat kau tu boleh bawa maksud lain.
Boleh keluar berdua tanpa ada khilaf.
Boleh ber message bercakap dengan dia tanpa risau tentang zina hati. Pasangan korang pun tentu tak jealous.
Dan untuk lelaki, kau boleh kentut kuat-kuat lepas tu buat macam tak ada apa-apa depan kawan lelaki kau. Dengan perempuan…tak dapat der..
Tapi kalau nak juga lelaki dan perempuan jadi kawan ni, boleh..
Kawan la dengan ayah/mak kita, abang/akak kita, adik kita, bapak/mak saudara kita, atuk kita dan..
…pasangan kita yang halal.
Senang kan? (senyum)
Habis kalau kerja sama-sama, belajar sama-sama, berpersatuan segala bagai tu macam mana?
Bagi aku tu kenalan, bukan kawan.
Kau kenal dia, berhubung dengan dia untuk memudahkan tugas kau, tahu sikit-sikit pasal dia, minta tolong bila perlu. Betul-betul perlu. Cukup setakat tu.
Tak perlu kau nak tahu dia suka warna apa, apa dia buat malam tadi, bergelak tawa, bergurau senda apatah lagi sampai nak keluar berdua-dua atas nama kawan.
No no no no (gerak-gerak jari)
Susahnya Islam ni =.=’ (tarik muncung)
Tak sayang. Islam adalah agama yang sangat lengkap, menyeluruh, halus.
Agama yang menjaga keharmonian antara sesama manusia.
Yang menjaga sekecil-kecil perkara hatta nak masuk keluar toilet dengan kaki mana pun, apatah lagi hubungan antara lelaki dan perempuan.
Belajar bawa kereta pun ada jarak selamat (3 second rule) untuk elak kereta belakang tercium bumper kereta depan.
Tapi ramai orang lepas habis belajar, dapat lesen, terus lupa rule ni. Main tailgate sesaja.
Tu yang banyak jadi accident.
Faham kan? (angkat kening dua kali)
Akhir kata, yang halal itu jelas, yang haram itu jelas.
Antara keduanya ada perkara yang syubhat (samar-samar).
Siapa yang menjauhkan diri daripada perkara syubhat, dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.
So tepuk dada tanya iman. Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan?
Note: menulis untuk ingatan diri sendiri juga sebab aku sendiri masih struggle dalam benda ni. Takpe, pelan2 kita cuba ubah ya! wink emoticon

Friday, 25 December 2015

mujahedahsolehah: Kalam Murabbi Motivasi Diri



Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidak boleh lari dari belajar , kadang-kadang masa yang ada di sia-sia kan .. bila ditanya berapa jam kamu belaja?? diri terpinga-pinga  sebab belajar tak ikut waktu, bila rasa nak belajar , rajin buka buku ,tapi bila perasaan malas mula menerjah ruang diri , leka tanpa sedar ... 



Pesan seorang murabbi " sesuatu yang tidak tersusun atau tidak ada peraturan adalah sesuatu yang sia-sia " ..tetiba teringat kata-kata Saidina Ali Karamallahu wajh : " Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun rapi " . Di sini dapat kita lihat sesuatu amal yang dilakukan tanpa ada yang manhaj-manhaj yang teratur melambat kan kerja-kerja islam ke arah mencapai sebuah kemenangan.Dan tidak hairanlah mengapa kemenangan itu lambat ?? ( tetiba lak masuk bab lain ..maaf ) Berbalik pada pengurusan manhaj belajar para murabbi selalu bertanya kami sebagai studentnya bagaimana cara kamu semua menguruskan masa ?? berapa surah yang kamu dah hafal?? dan ini sering kali diulang oleh para doktor dan membuatkan "aku" terpaku sendirian ..memang tidak di nafikan cara pengurusan tidak lah sistematik dan tidak teratur..juga sering terfikir untuk cuba berubah tapi entah mengapa lain yang dirancang lain pula jadinya .. Kehidupan seorang mahasiswa disibukkan dengan banyak perkara belajar di kuliah, tallaqi , urusan persatuan dan lain-lain , maka hal ini menyebabkan rasa "futur" di tengah-tengah jalan .. Oleh yang demikian , 





Murabbi menitipkan beberapa nasihat yang bermanfaat antaranya : 



1) jaga al-quran dan as-sunnah dengan sehabis baik

 2) luangkan masa menghafal kalam-kalam ILLAHI dan hadis-hadis nabawiyyah  (paling minuman 1 juzuk + 1 hadis ) 

3) tidak dapat manfaat nya jika belajar tapi tak ambil ibrah (pengajaran) (eg : belajar riyadhus solihin tapi matan hadis tak hafal tak cukup setakat faham je ,tidak dapat tidak kena  hafal matan yang ringan-ringan dan mudah dihafal dengan istiqomah yang asalnya susah nak hafal lama2 jadi mudah)

 4) cuba bahagikan masa sebaik mungkin ( belajar , tallaqi , persatuan )

 5) jangan hampakan harapan semua  yang menantikan kepulangan kita sebgai pembawa risalah ISLAM 

6) kosongkan fikiran dari perkara2 yang menyibukkan diri anda ( eg : riadah dll ) 

7) kita bukan sahaja kena fokus pada pembacaan semata mata tapi dari segi kemahiran bercakap harus di pertingkatkan 

8) fokus pada hafalan nusus yakni Al-Quran Dan As-sunnah , jgn setakat faham tapi kena hafal ayat AQ dan matan hadis 

9) berbanyakkan kalimah-kalimah arab 

10) if rasa malas timbul cuba variasikan cara belajar,cara menghafal dan lain-lain ( analogi : jika kita kurang selera makan mesti kita akan cub variasikan makanan ada ayam ada sayur ada buah, ada kuih muih begitu juga "selera" belajar perlu dipelbagaikan metodnya ) sekali lagi ingin saya lontarkan kalam murabbi " sesuatu yang tidak ada manhaj adalah sia-sia " moga kita mengambil ibrah dari kalam murabbi ... lebih-lebih lagi saya yang menulis sebab tangan yang menaip lebih dekat dengan mata yang melihat..moga ALLAH pandu usaha yang dilakukan .. ALLAH MUSTA'AN ... murabbi yang di maksudkan : Dr. a'tiyyah fayyad ( dr fiqh islami ) mohon maaf atas kekurangan sekadar berkongsi nasihat murabbi (ad salah sila tegur ) ~ kadang-kadang kita alpa hadirnya kalam taujihat mengembalikan kekuatan dan semangat ~



  :: post minggu ni agak simple bahasa pun dah bercampur2 see u all next post ::  







Dipetik daripada blog dibah:

mujahedahsolehah: Kalam Murabbi Motivasi Diri:

Saturday, 10 October 2015

Warkah untuk Sistem !



Kekadang ramai tak ibu bapa luar sana berasa pelik tak bilamana dahulu anak-anak anda di waktu usia sekolah rendah sangat performed akan tetapi meningkat remaja (alam senior sek menengah) prestasinya berkurang , kntroversinya bertambah dan juga sebaliknya , pelik betul ??

Pernah tak kita tertanya
KENAPA?
MENGAPA ?
BAGAIMANA?

Di waktu usia mereka bersekolah rendah , hadaf utama mereka adalah belajar semata-mata untuk ilmu serta didorongi oleh ibu bapa yang sangat jitu membuatkan mereka termotivasi untuk menjadi lebih cool~

Masa dan keadaan terus berlalu...........
Usia anak meningkat dan terus memasuki alam sek menengah ,
Pada usia ini , anak sudah mengerti serta mempunyai perasaan yang pelbagai dan suasana sekitar mereka yang turut berubah ...
kit aperasankan perkara ini ???


Waktu ini anak-anak telah dibayangi dengan pelbagai ideologi yang mengikis tujuan hadaf al-u'laa  dalam belajar kerana selalu dibayangi oleh ideologi seperti ini :

"Anda harus lulus SPM"
" anda harus lepas PT3 "
"Anda jangan luahkan pendapat anda ,kalau tak nak diambil tindakan "
"Anda wajib dapat 4 flat "

serta pelbagai ideologi yang telah mengkategorikan dan mengehadkan percambahan kreatif idea anak-anak anda. Pelbagai bentuk ketakutan ini telah membayangi  pemikiran anak-anak tersebut .

Nah ! , hasilnya anak-anak mula takut terhadap bayang yang dicipta oleh suasana sekeliling mereka seperti takut dibayangi ketakutan :
-menjawat nombor terakhir dalam peperiksaan
-takut untuk mengulangi tahun pengajian
-takut tidak dapat memenuhi 'everyone expection'

dan segala bentuk ketakutan yang ada

Dalam konteks ini , bukanlah mahu menyalahi ibu bapa mahupun guru ! TIDAK ! bukan itu tujuan aku menulis !

Pelik bukan ? lalu salah siapa ? siapa yang harus dipersalahkan ?

kerna apa yang membentuk pemikiran yang spesimik seperti ini disebabkan sistem yang ada ,

Kenapa aku tulis begitu ? aku ni anti-sistem ke ?

Bukan begitu , seperti yang aku tegaskan sebelum ini , tiada siapa yang harus dipersalahkan , hanya setiap orang antara kita menyedarinya itu adalah salah kita ataupun tidak ...

Sistem ini mahukan yang  " THE BEST " ,  " THE SPECIAL " , " THE POPULAR " , "THE RICHEST " untuk terus mendokongi sistem yang ada ini .
Lalu...
Diperah sekalian kudrat anak-anak daripada segala bentuk semata-mata dapat memenuhi spesifikasi yang ditanda aras oleh sistem tersebut tanpa mengambil tahu /memandang enteng akan justifikasi yang akan berlaku .
Sesiapa yang tidak "FIT IN COLUMN"  dalam sistem tersebut ,akan dikeluarkan dan dibiarkan mereput agar dapat memberi anak-anak yang telah memnuhi kriteria yang mereka letak untuk mengambil alih ...

Akan tetapi ...
Aku tegaskan bahawasanya bukannya aku meletak salah ini atas sesiapa mahupun sistem , adapun ini sudah menjadi adat dan "by hook or by crook " kita kena hidup juga dalam adat yang dicipta ini dan cuba kekal  " survive " dalam sistem ini .

Adapun apa yang aku cuba sampaikan ,

Bagi anak-anak seperti aku, hiduplah dalam kehidupan anak, kesialapan yang lalu usahlah ditangisi lama dan tindakan proaktif haruslah dibuat kembali kerana kita diajar untuk "survive " , "fit in system ".

Bagi ibu bapa , tatkala melihat anak anda jatuh tersungkur ,segera ! paut tangan anak anda dan pimpinlah mereka untuk mendepani ujian yang mendatang dan teguhlah menyokong mereka kerana penokong setia yang mereka hanya ada pada mereka adalah anda berdua !

Bagi guru-guru , didiklah anak muridmu seikhlas hatimu , dan elakkanlah mengajar untuk memenuhi KPI kementerianmu atau seumpama dengannya , kerana apa  ?

Unibersity bukanlah kilang ! Sekolah bukanlah Penjara !
Mahasiswa bukanlah Furbished Set ! Pelajar bukanlah Banduan !

Ajarilah mereka bagaimana untuk kekal berada dalam "food chain " dan "survive" , dan yang paling penting ! ajarilah mereka mengenal siapa tuhan mereka , siapa pencipta mereka ....


Kepada sistem?

Tiada apa yang dapat aku katakan mengenainya , sistem adalah buatan manusia , dan manusia tidak pernah terlepas daripda membuat kesilapan , apa yang menjadi keutamaan adalah meletak pemahaman ttentang agama yang dianuti , kerana mesej utama setiap agama adalah memberi keamanan dan kesejahteraan .....
lalu kenapa ia harus dipisah dari kehidupan mereka ??



Selamat Datang Wahai Anak-Anak Ke Menara Gading

Tuesday, 1 September 2015

adakah Alquran itu ما هو شفاء ??

BENARKAH AL-QURAN ITU PENAWAR?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.


 “Ada Ustaz menyebut Al-Quran itu penawar kepada semua sakit! Tapi kenapa bila saya baca ayat Syifa’ untuk sakit gout di kaki saya, tetap tidak sembuh? Masih berdenyut-denyut? Kenapa ini berlaku sedangkan al-Quran itu mukjizat. Sama ada Ustaz berbohong atau al-Quran itu bukan penawar sakit saya?”


Itu antara soalan “maut” yang pernah didengar dari orang awam. Sesetengah Ustaz yang berkata demikian tidak bercakap kosong tetapi merujuk kepada banyak ayat antaranya:


وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا


Ertinya: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur “DARI AL-QURAN AYAT-AYAT SUCI YANG MENJADI UBAT PENAWAR DAN RAHMAT BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADANYA;” dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua: (al-Isra’ [17:82]). 


Perkara sama turut di sebut dalam surah Fussilat [41:44]). Al-Quran itu benar dan pasti. Tapi kenapa sakitnya tidak sembuh? Pasti ada sesuatu yang tak kena. Sebarang ayat yang mengatakan al-Quran sebagai penawar “PERLU DIBACA BERSAMA” ayat ini:


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Ertinya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu “AL-QURAN YANG MENJADI NASIHAT PENGAJARAN DARI TUHAN KAMU, DAN YANG MENJADI PENAWAR BAGI PENYAKIT-PENYAKIT BATIN YANG ADA DALAM DADA (HATI) KAMU,” dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)" (Yunus [10:57-58]).

Rupanya maksud PENAWAR AL-QURAN BUKAN MERUJUK KEPADA SAKIT FIZIKAL TETAPI SAKIT BATIN ATAU JIWA. Imam ibn Kathir menegaskan maksud al-Quran sebagai penawar:

يذهب ما في القلوب من أمراض، من شك ونفاق، وشرك وزيغ وميل، فالقرآن يشفي من ذلك كله

Ertinya: (al-Quran itu) menghilangkan segala macam penyakit dalam hati, yang terdiri dari syak wasangka, kemunafikan, syirik, sesat dan bengkok (dari kebenaran). Maka al-Quran (merawat dan) menyembuhkan dari semua (penyakit hati itu) keseluruhannya (Tafsir Ibn Kathir).


Contoh mudah memahami bagaimana al-Quran boleh menjadi “ubat” penyakit hati adalah:

1) Pengumpat tegar yang memerhati ancaman azab bagi dosa lidah dalam al-Quran (al-Hujurat [49:12]) dan (al-Humazah[104:1-9]) akan berasa gerun dan berfikir panjang sebelum mengumpat. Kegerunan itu mendorongnya berhenti dari mengumpat, maka hatinya yang kotor lama kelamaan akan “DIRAWAT OLEH PEMBACAAN DAN PENGHAYATAN AL-QURAN.”

2) Manusia yang menyembah berbagai berhala dan tangkal akan insaf berfikir dengan waras setelah memahami logik Allah dalam al-Quran betapa segala macam makhluk selain Allah tak mampu membawa manafaat atau mudarat kepada penyembahnya. Dengan logik itu, hatinya yang bergelumang dengan najis syirik “AKAN DIRAWAT OLEH PEMBACAAN DAN PENGHAYATAN AL-QURAN.”

Pun begitu, tak boleh dinafi al-Quran juga mampu mengubati sakit fizikal seperti kisah jampian pengubat sengatan binatang berbisa oleh seorang sahabat Rasulullah SAW hanya dengan menggunakan surah al-Fatihah (Sahih al-Bukhari). 

Kesimpulannya, kuasa penyembuhan jampian al-Quran bergantung kepada kualiti iman pembacanya.  Al-Quran seumpama sebilah pedang pada tangan seorang pendekar. Pendekar yang “HANDAL BERKUALITI DENGAN PEDANGNYA” mampu mengalahkan seramai mana pun musuh yang datang. Jika pendekar palsu memegang pedang, mungkin pedangnya bakal menikam diri, jauh sekali mahu mengalahkan musuh.

 Oleh itu, si pendekar perlu "selalu berlatih dan yakin dengan kemampuan pedangnya barulah pedang menjadi senjata berguna pada tangannya". 

Saturday, 29 August 2015

Rahsia GPA 4.00

RAHSIA GPA 4.00
CGPA-4.00

Dulu sahabat saya ini gagal. Dia buat silap dalam peperiksaan yang semester lepas di UM. Dan yang cantiknya aturan Allah, bila dia mula kembali kepada Allah secara sedar, sepenuh hati. ‘Bantuan Allah’ tak pernah tersalah poskod. Saya kongsikan status sahabat saya Ahmed Hazman ;

——————————-
Failure is only the opportunity to begin again. Only this time more wisely.
——————————-
“Arghh..”, aku menguap bangun pagi (tidur selepas subuh) sambil membuka iPad untuk check result semester 2 2013/2014.
D+ yang aku nampak dahulu, bagaikan A dan B tiada disitu.

Terkejut.
Kecewa.
Terdiam seribu bahasa.

Banyak kali refresh web untuk pastikan result itu. Namun, apakan daya result yang dipamerkan itu memang result semester tersebut. Tetapi, atas keimanan dan kewarasan akal, aku cekal dan tabah menghadapinya dan beberapa kali meningatkan diri bahawa ada hikmah di sebalik kegagalan ini.

Keinsafan disertakan sujud syukur.
Semester baru dengan azam yang baru aku melangkah untuk menebus kegagalan yang lalu.

…..

Apa yang silap semester lepas diperbetulkan semester ini.

1. Jikalau dahulu, kelas didahulukan dari solat, kini solat diutamakan. Allah diutamakan kerana sesungguhnya kesemua nikmat yang diinginkan manusia datangnya dari Allah. ‘Kun Fayakun’

2. 3 solat sunat penambah kejayaan dilakukan setiap pagi; solat tahajud, solat sunat sebelum subuh dan solat dhuha. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi habit. (terpantun pula)

3. Solat hajat dan doa dilakukan sebelum, semasa dan selepas supaya tidaklah seperti diperhambakan oleh sistem pendidikan.

4. Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) hasil penulisan Che Insyirah. Boleh rujuk http://www.TeknikBAD.com . Teknik BAD ini sangat berkesan untuk semester kali ini. Banyak yang Allah datangkan tanpa disangka-sangka. Turun berat badan dari 83kg-68kg, pergi ke Kemboja, mendapat result yang cemerlang dan lain-lain.

5. Ubah cara belajar. Jikalau dahulu di PASUM, study group dijadikan salah satu strategi, kini aku menggunakannya kembali bersama rakan-rakan seperjuangan Kejuruteraan Mekanikal yang lain. Study group merupakan medium untuk berkongsi ilmu walaupun sedikit. Sharing is caring.

6. Fail to plan is plan to fail. Kata-kata ini disemat supaya merancang awal. Merancang carry mark dan menyiapkan tutorial sebelum study week. Peperiksaan bagi subjek yang lewat akan didahulukan supaya tidak seperti cacing kepanasan di hari sebelum peperiksaan.

…..

Alhamdulillah, semester ini (sama ada rezeki atau ujian) aku memperoleh 4 rata.
Sebagai umat Islam, kita ada senjata orang beriman iaitu doa.

Bukan tidak perlu belajar, tetapi utamakan si Pemberi yang Maha Esa dari makhluk-makhluknya yang lain.

p/s: Pesanan ini untuk kita semua terutamanya pada aku pada semester 4 nanti. Ingat! Jatuh bukan bermakna gagal selamanya. Hidup ibarat roda, mungkin hari ini kau berada di atas, esok, lusa tidak diketahui. Ambil pengalaman orang lain untuk diadaptasi dalam jalan menuju kejayaan kita kelak.

Terima kasih sebab membacanya.

————————

Belajar sesuatu? Alhamdulillah..

Sunday, 5 July 2015

Henshin Hati Ite !





Salam , tup-tap tup-tap dah nak dekat habis ramadhan daa ....
Tetamu kita dah nak pergi meninggalkan kita , tapi kita seolah-olah cuba menghalaunya dari rumah kita , harapnya lagi tinggal saki baki ramdhan yang ada , kuatkan amalan , pulun abis-abisan , tekadkan azam bangun tahajud berqiyamulail ...

Mesyi??...Fa Aina tamsyii ... :D


Ok in sha allah , harini akh nak sentuh tntg tajuk akh pilih , akh nak lock target mengenai orang yang bagaimana dikatakan Suci Hatinya ? Ghani JIWANYA ??..

Adapun akh bukanlah orang yang kaya jiwanya ,jauh sekali dari suci hatinya walakin , kita sama-sama berubah untuk ke arah lebih baik ...

Awalan , akh nak cerita tntg 4 ciri orang yang bahagia :

1) Orang yang beriman dan hidupnya dalam keadaan yang aman.
   
     Kebanyakan Allah memberi orang-orang sebegini keamanan dan ketenangan dalam jiwanya , keamanan dalam hidupnya , harmoni dalam keluarganya , golongan ini adalah golongan yang bukan sahaja bahagia di dunia akan tetapi di akhirat jua....semoga kita tergolong dalam orang sebegini


2)Orang yang beriman akan tetapi hidupnya penuh dgn ujian 

   Orang sebegini diuji byk dalam kehidupannya untuk apa ? untuk dinaikkan tingkatan imannya bertingkat-tingkat , apa bahawa mereka ini tergolong antara yang bersyukur ataupun tidak ?


3)Orang yang berterusan dalam maksiat akan tetapi rezekinya melimpah ruah 

Nauzubillah min zalik , kita maklum bahawa orang sebegini adalah dimana , rezeki di langit dibuka seluas-luasnya untuknya sehingga dia tidak nampak jalan untuk pulang kepada Allah itu , Lalu Faj'atan, Allah tarik kesemua nikmat yang dia berikan kepadanya itu sekaligus , rentap rezekinya , maka jatuh terduduklah dia tidak berkesudahan , penyesalan bukan kepalang ,tidak mampu berkata , hanya mampu memohon pada Yang Satu akan tetapi semuanya terlambat .....harap kita tidak tergolong dalam golongan ini

4) Orang yang berterusan dalam maksiat tetapi sempit kehidupannya

Nauzubillah min zalik juga , golongan ini sama sahaja seperti golongan di atas akan tetapi hidupnya sempit nyempit akan tetapi keadaanya tidak menyebabkan berubah utk kembali ke pangkal jalan akan tetapi makin jauh akibat hidupnya yang terlampau sempit .



#golongan yang disebut diatas adalah ciri golongan yang boleh kita tahu samaada bahagia jiwanya ataupun tidak


Lalu bagaimana mahu mencapai hati yang tenang , ? dan hati yang suci ?

Perkara ini sudah banyak disentuh oleh ulama' dalam kita yang sangat muktabar contohnya "penawar bagi hati" ,"Torik ila Ibadullah " dan sebagainya

Apa yang akh boleh akh kongsi apa yang tersimpan kemas ini pu sikit sahaja ,

1) Berdamping dengan orang yang soleh

    Berdamping dengan orang yang soleh dapat membantu kita untuk 'Taqrabul ila Allah "

2) Menghayati peranan sebagai seorang hamba

    Bila kita lupa siapa kita yang sebenarnya pada hakikatnya adalah seorang hamba maka kiat akan susah mencapai ketenangan dalam diri dan mencapai kebahagian , justeru penghayatan itu perlu kerana

Orang yang tidak menghayati peranan sebagai HAMBA maka ia takkan HUMBLE !

# ini sedikit sebanyak yang akh boleh kongsi dengan entum semua , ( biar ringkas dan padat )



Bila nak buat amal baik ni , mesti ada je tak kena , selalunya tohmahan memahan lawak , mengijaukan orang akan berlaku ,
ayat ayat aje2 selalunya gini

'Buat apa sembahyang sunat byk , sama je ko tu aku tgk tak berubah apapon "
"Ingat gi sejid  setiap hari boleh padam apa ko dah buat masa lampau jiao ko dulu kaaa??''


inilah antara ayat ayat kucing yang cuba melalak seperti serigala pada waktu malam , akan tetapi bagus kucing sebegini kerana ia lagi menambah perasa pada jiwa kita bahawa berubah itu perlu !

lalu bagaiman ?

Kata imam Fudhail rahimallahutaala..,

Beribadat kerana orang itu SYIRIK ,
Beribadat kerana syurga itu RIAK .


lalu kita ni macamana ??? nak taknak kita perlu ada wasatiyah ,, aha ! ini yang selalu PM Dato NAjib kita tekankan Konsep Wasatiyah ...ahahha ..


apapun , kita buatlah ibdat apapon , walupun kecil ke yang penting istiqomah !


# KEJAR WAKTU BERHARGA RAMADHAN YANG TERAKHIR INI !!!