Wednesday, 4 February 2015

Universiti Bukan Kilang : Adakah ini produk ber"TILTLE " seorang mahasiswa??

Salam ,

agak lama dah ana tak post kat sini dan sudah  terlalu lama  ana tak jenguk blog ini, haha agak berhabuk jugak ..

Baru baru ni , ana asyik terfikir dan tertanya tanya , adakah seorang mahasiswa ini perlu menjadi hanya setakat seorang pelajar yang mana hanya setakat rutin harian nya

pergi belajar di kuliah di pagi hari 
dan
 membuat assingment di waktu malam
 dan
pabila dah nak start pekse pekse sem  mula sibuk bertanya soalan spot 
dan
 juga topik yang masuk dalam pekse tu nanti ,

 ini hal yang membuatkan ana tertanya tanya adakah ini apa yang dipangggil MAHASISWA ???


Jadi , persoalan-persoalan sebeginilah yang membuatkan pening nak fikir , well actually tak perlu pon pikiaq , sebab semua sudah besar dan boleh berfikir sendiri kan ??

Cuma apa yang ana suka untuk kongsikan adalah peranan mahasiswa yang jauh lebih penting dalam menentukan hala tuju sesebuah agama, bangsa dan negara .

Laaa....asal pulak gitu ??

Yelah , oklah ana suka untuk melihat  tentang mahasiswa ini daripada sudut mahasiswa di malaysia kerana waqi' atau tempat sebenar atau lapangan ilmu dan praktikal yang sebenar adalah di malaysia kelak, jadi mana mungkin tetiba ana nak ambil contoh dari mahasiswa negara lain..

Firstly , perkataan MAHASISWA :: kita kenalah definisikan perkataan tersebut sendiri

MAHA = berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud paling , amat
SISWA = ditakrifkan sbgai penuntut ilmu , pelajar , berfikir , bersungguh

Jadi kita boleh takrifkan bahawasanya MAHASISWA ini adalah seorang penuntut ilmu yang tidak pernah rasa puas dengan ilmu , ingin  dan ingin lagi

Persoalan yang timbul adalah : Apakah Pemikiran kritis merupakan satu kepentingan terhadap mahasiswa pasca kini ???


Dalam menjawab permasalahan yang timbul ini , apa yang ana boleh lihat salah satu faktor ketirisan pemikiran dalam kalangan mahasiswa di Malaysia ialah antaranya ::

1) Kelemahan institusi pengajian
   
     Kelemahan ini sangat jelas ,iaitu kurangnya wadah, wacana, perbahasan  ilmiah di institusi tempatan. Ini dapat dilihat apabila banyak forum yang cuba dibuat disekat atas alasan yang tidak masuk akal.Kekurangan forum dan perbahasan ilmiah membuatkan mahasiswa alpa akan kepentingan mereka dalam membentuk jati diri sendiri dan memacu negara


2) Kelemahan mahasiswa
   
      Ana akui kelemahan mahasiswa adalah kelemahan yang boleh dikatakan paling ketara dalam menilai aspek ketirisan pemikiran yang semakin kurang sehingga menjadi satu perkara yang membimbangkan . Antara sebab yang boleh kita lihat adalah ::

Minat
      Minat seorang mahasiswa tidak sama dan kebanyakkan daripada kita kurang akan kesedaran tentang  " Peranan Kuasa Seorang Mahasiswa "

Sikap 
      Ini adalah satu asbab yang paling besar dalam kelemahan mahasiswa iaitu sikap , manakan tidak banyak antara kita mempunyai lebihan / lemak-lemak MALAS
Terus , ia menjadi sebab  budaya ilmu  kurang dan memberi effect kepada kurang ketirisan pemikiran.

dan banyak lagi faktor yang menyebabkan berlakunya ketirisan pemikiran dalam kalangan mahasiswa, AKAN TETAPI  yang paling zahirnya

Walau dimana sahaja ,insititut pengajian , apa yang boleh kita cakap , ia melahirkan seorang mahasiswa yang kurang jati diri dan kurang hubungan masyarakat dan kurangnya skill-skill yang develop dalam diri   atau apa yang boleh disebut sebagai " SOFT SKILL " .

 Kegagalan institusi yang bertindak sebagai "playmaker " dalam masyarakat umpanya  sebuah kilang yang hanya mencetak sijil-sijil diploma,ijazah  dan sebagainya. 

Dan apabila terjun dalam kancah masyarakat , mahasiswa yang dikeluarkan/dibuat oleh kilang-kilang seperti ini mati /lemas dalam merungkai /menjelaskan  permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.

Jadi betapa pentingnya ana mahu menyatakan pemikiran perlu kerana mahasiswa mempunyai kuasa dan jika kuasa yang ada itu dikawal dengan pemikiran yang berlandaskan Al-quran dan hadith  serta Ijma' ulama dan Qiyas. Pastinya ia akan mencorakkan masyarakat yang bertamadun tinggi.

Bertamadun :: Jiaklau apa yang dikupas oleh Sarjana Islam dahulu kala , tamadun bukan sahaja dari sudut lahiriah sperti bangunan , teknologi  akan tetapi dari segi Zahiriah juga iaitu pembentukkan adab , sifat , pemikiran yang mantap 


Konklusinya ,

Mahasiswa perlu bangkita sekarang , ubah diri , ubah jadual pengurusan masanya , ubah sikapnya , ubah budaya ilmunya . Mulakan dari sikit jangan terus terjun , kerana dikhuatiri tenggelam..


Salam .




 

No comments:

Post a Comment