'' Malam ni game Brazil lawan Croatia derr, kena syuf nie''
''Tapi malam ni nifsu syaban bro , aku nak kena khatam yassin seyh''
''ala ,, ko taknak jadi part of sejarah ke ? orang pertama tgk game bola ?, rugi bro ''
''takpelah ,aku nak jadi part of syaban ''
''Erk''
Ada orang tanya akh sokong apa FIFA ini kali , akh dengan muka cool cakap KONPEM Brazil ini kalilah !! ...Brazil dah buktikan dengan ketoughness mereka atas padang dengan Gol pertama dalam FIFA iaitu Gol sendiri , ahahahaha ...tapi itu bukti yang Brazil akan menang yeah !! , Penyokong German, Belgium sila bersabar ... :3
selepas itu , ditanya juga minat player apa ? , akh memang suka lihat lampard main daripada akh kecil sampai laa ni ..tu kalo player la , tapi negara memang BRAZIL
apapun..semoga Brazil Menang ...hahaha
''Wahai orang orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu , agar kamu bertaqwa ''
(surah al baqarah , ayat 183)
Ingat lagi ada kekadang non-muslim yang puasa tanya mereka kenapa puasa ? , mereka memberi tahu Bestnya puasa tu punya cite dari malam hingga pagi sambung petang ...hehe
Merasai kelazatan berpuasa adalah satu keajaiban yang akh memang kagum dan rasa superb dengan kawan kawan non-muslim akh nie...semoga dibuka pintu hati masuk islam , amin ..
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
(surah Al Dhariyat, 51:56)
Kapan kita bisa berhadapan denganNya jika puasanya kita tidak mampu untuk melaksanakannya ....
''Akh , saya ni x pernah puasa ...saya rasa berat lah nak puasa , lagipun keluarga saya mana pernah puasa puasa ni ...'' Ukh Comel
''Jikalau begitu bersyukurlah pada Allah '' , kata Akh Supersaiya.
''Kenapa kena bersyukur pulak akh ? , saya ni tak puasa tau , dosa besar masuk neraka !!'', teriak Ukh yang menangis dalam kecomelan.
''Allah , kalau macamtu bersyukur lagi byk pada Allah '' Senyum Akh Supersaiya yang seakan mengerti raut wajah Ukh Comel...
''Akh ni... hmm'',Ukh Comel.
''Sebab apa enti nak tau ? firstly Allah gerakkan hati enti untuk tersedar dari lamuan dunia ini , enti berubah sikit sikit , biar sikit asal istiqhomah ( berterusan ) melakukannya '' Kata Akh Supersaiya.
''Berapa ramai manusia yang hidup dalam Kelalaian sedangkn kain kafannya sedang ditenun''
(Imam As-Syafie)
Di bulan puasa ini banyakkanlah berdoa kerana doa itu adalah senjata seorang muslim , dikala sedih , dikala gumbira , dikala kalut , dikala melalut, disangka kala ..berdoalah kerana Allah itu Maha Mendengar ..
Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk.
[Al-Quran, Al-Baqarah, 2:186]
Fasting Is For Allah
p/s:: akh tengah berlatih utk menjadi poyos di Hafla nanti , doakan keberjyan berganda ..amin

