Friday, 30 May 2014

Warkah Bab 1..pfft



Ke hadapan umat Melayu Muslim sekalian,

Hamba menulis warkah ini dengan penuh rasa keinsafan,kesedihan dan kesedaran bahawa hamba ini hanyalah makhluk yang marhaen lagi hina jika hendak dibandingkan dengan kalian yang diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan. Hamba juga menulis luahan rasa ini dengan niat yang baik, penuh dengan rasa mahabbah dan mawaddah pada kalian semua. Langsung tidak terlintas untuk menghina atau  atau merendah-rendahkan martabat kalian sebagai manusia layaknya.

Begini.

Seperti yang tersebar dalam surat khabar dan media massa kalian, baru-baru ini telah heboh dengan berita bahawa DNA spesies kami ini ditemui dalam beberapa keluaran cokolat Cadbury. Rentetan daripada itu, telah berlaku kekacau-bilauan dan kehuru-haraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ada makcik-makcik yang menanges-nanges sebab merasakan diri mereka tidak suci lagi. Ada yang telah mengisytiharkan jihad pada syarikat Cadbury. Ada yang mahu menyamak mulut dengan pasir. Ada juga yang mahu mencuci dan membuat pemindahan darah kerana merasakan darahnya sudah kotor dan jijik.

Alahai. Berguling-guing jugalah hamba dan rakan-rakan gamba tergelak.

Benarlah hamba ini hina. Tetapi tindakan dan reaksi yang keterlaluan sebegitu rupa, menambahkan penghinaan ke atas golongan hamba ini. Apa perlu begitu bersungguh bertindak sedemikian rupa?

Hamba yang tak belajar ikut sistem formal ini pon tahu, apa-apa sahaja yang dilakukan secara tidak sengaja atau tidak tahu, hukumnya tidak berdosa. Cukuplah sekadar beristighfar atau melakukan solat sunat taubat sekiranya masih merasakan tidak sedap hati atau tidak senang duduk.

Daripada mahu mengisytiharkan jihad kepada Cadbury, lebih baik kan isytihar jihad pada Israel laknatullah atau Bashar al-Assad itu...? Daripada mahu saman Cadbury, kenapa tak saman sahaja kerajaan yang membiarkan kasino-kasino judi terus berleluasa, Da Mai Cai dan Magnum 4D terus beroperasi, kilang-kilang arak dan rokok terus maju dan berkembang...??

Hamba pon musykil juga, sebab setahu hamba, dalam kita agung nan suci bernama Quran itu, Allah hanya berfirman bahawa daging hamba ni haram dimakan. Itu sahaja. Itu pon dalam keadaan-keadaan tertentu, terpaksa atau kebuluran yang mendesak misalnya, daging hamba ini boleh sahaja dijamah dengan syarat pada kadar yang paling minimum dan bukan untuk mengenyangkan.

Yang pasti, barangsiapa yang termakan daging hamba, malah sengaja makan sekalipon, tiadalah pula hukuman di dunia yang akan dikenakan. Sekadar hukuman sahajalah.

Tapi kalau berzina? Boleh kena sebat atau rejam sehingga mati.

Kalau mencuri? Boleh kena potong tangan.

Minum arak? Wajar disebat.

Mengambil riba'? Allah isytihar perang!

Dah kenapa hamba ini yang kalian benci sangat? Dan pada masa yang sama, masih ramai dalam kalangan kalian yang main judi, yang main perempuan, main nombor, main riba' dan bermain-main dengan agama ini? Mengapa kalian tak benci dan jijik pada mereka ini seperti benci dan jijiknya kalian pada golongan hamba? Apa kalian tak baca Quran kah?

Betullah mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam. Dan betullah daging hamba ni haram. Tapi mengapa ada diskriminasi pada perkara-perkara haram yang lain? Apa sebab kalian melihat hamba ni lebih haram daripada perkara-perkara lain yang lebih jelas haramnya? Apa sebab kalian ni alerjik tahap dewa dengan hamba dan kaum-kerabat hamba?

Sebab rupa hambakah? Sebab hamba pengotorkah? Sebab hamba ni gemok dan gebukah?

Seharam-haram hamba ni, sekurang-kurangnya hamba cuba untuk taat dan patuh pada Allah. Kalian? Yang Allah beri akal dan hati untuk berfikir dan menghayati alam ciptaanNya ini, bagaimana...?

"Tidakkah engkau tahu bahawa apa-apa yang ada langit dan apa-apa yang ada di bumi bersujud kepada Allah, juga matahari, bulan, bintang, gunung-gunung, pohon-pohon, haiwan-hawain yang melata dan banyak antara manusia? Tetapi banyak (manusia) yang pantas mendapatkan azab. Barangsiapa dihinakan Allah, tidak seorang pon yang akan memuliakannya. Sungguh, Allah berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki."
[al-Hajj, 22:18]

Nah, itu kata Tuhan hamba. Tuhan kalian juga. Apa kalian berani mahu menyangkalnya?

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pon melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun."
[al-Isra', 17:44]

Sejijik-jijik hamba, hamba tidak pernah letih dan penat bertasbih padaNya. Dah, kalian bagaimana..? Masa-masa kalian yang terluang, kalian buat apa? Bermaksiat? Mengumpat? Merasa diri hebat?

Sungguh hamba benar-benar tidak dapat mengotakkan tindakan keterlaluan segelintir daripada kalian. Maaf, hamba tak boleh nak garu kepala kehairanan kerana tangan hamba tak sampai.

Kadang-kadang hamba terfikir juga, mengapalah Allah menciptakan makhluk seperti hamba ini, jika Dia mahu mengharamkannya pula. Kadang-kadang itu terasa bawah juga. Terasa benar-benar hina dan tidak berguna.

Kemudian hamba terfikir. Boleh jadi, hamba ini diciptakan olehNya untuk menjadi ujian dan cubaan untuk kalian. Boleh jadi, hamba dilahirkan ke muka bumi ini agar dapat melihat siapa dalam kalangan hamba-hambaNya, yang benar-benar bersyukur dan bertaqwa!

"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
[al-Mulk, 67:1-2]

Dengan kegilaan yang terbaru ini, hamba bertambah yakin dengan tujuan hidup hamba. Mungkin Allah nak uji kalian, adakah kalian benar-benar memaknai erti haramnya daging hamba untuk dimakan. Mungkin juga Allah nak uji kalian, apa sebab kalian benar-benar membenci golongan hamba. Dan mungkin juga Allah nak lihat kalian, sama ada kalian benar-benar faham tujuan hidup kalian sebagai khalifah di muka bumi ini.

Awas. Dalam kalian membenci sesungguh hati hamba dan sepupu-sepapat hamba, silap haribulan, kalian sebenarnya sedang menghina ciptaan Allah. Hamba yakin, bukan kebetulan Allah menciptakan makhluk seperti hamba ini.

Dan awas. Orang kata, jika benci, jangan benci terlalu benci. Sebab nanti, boleh jatuh hati! Ewah.

Baiklah. Itu sahaja yang hamba ingin luahkan.

Maaf andai ada yang terkasar bahasa. Maaf andai ada yang terguris rasa.

Hamba hanyalah seekor babi yang hina.

Oh ya. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mengapa hamba membahasakan diri hamba sebagai 'hamba,' bukan saya, gua, aku dan sebagainya?

Kerana hamba juga seekor hamba. Hamba padaNya.

Sekian.

Yang Benar,
InciK Bab 1



          -Posmen Hantar surat-
http://angelwearsgucci.blogspot.com/

Sunday, 18 May 2014

Yalla!! Syabab!!

Salam,

Wahai Dunia,

Muslim itu seperti hamba di tgh malam, bersujud memohon redha tuhanNya.......

Wahai Dunia,

Muslim itu seperti orang yang mengumpul kebaikan,mengambil manfaat di pagiannya...

Wahai Dunia,

Muslim itu seperti perwira di medan perang, memerangi orang kufur....

Wahai Dunia,

Aku x salahkan dikau akan apa yang terjadi di badanmu ini....

Aku x salahkan dikau akan kelemahan muslim di perutmu ini....

Aku x salahkan dikau akan kezaliman berleluasa di ruang nafasmu ini...

Tetapi.....

Aku salahkan diriku akan apa yang terjadi atas dunia ini..

Aku salahkan diriku akan kelemahan muslim sekarang ini...

Aku salahkan diriku akan kezaliman di ruang nafasmu ini!!,

Andai aku mampu,ingin ku ubahnya wahai dunia...

Andai aku mampu,ingin aku beritahu muslim itu kuat...

Andai aku mampu....

Ingin aku khabarkan kesemuanya!

Syair:: Dunia Ku Mengerti
Penulis::MR

Syair diatas ni, berasal daripada kata kata sheikh yusuf alqardhawi dalam bukunya

( رسالة الأزهار  بين الامس اليوم العد)

Berkaitan 4 peranan yg ingin diceritakan musonif tentang jati orang muslim itu,apa yang buat ana tertarik akan katanya ::

فالمسلم في المحراب عابد خاشع، راكع ساجد.

وفي المجتمع بار خير،منتج نافع.

وفي ميادين الكفاح بطل مجاهد،وجندي مناضل.

Apa yang ana dapat ringkaskn ikhtisorkan berkaitan kalam ajib ini...muslim ini sepatutnya seperti yg digambarkan sheikhuna tadi....setiap majaz yg digunakan untuk menggambarkan bagaimana seharusnya orang dinamakan muslim itu... Yakni

كيف يعيش نفسه اليوم!

Yakni, Walaupun mungkin ianya seperti perkara biasa tetapi ini yg membentuk apa jati diri muslim yang sebenar  benarnya....

Allah..... Betapa indahnya islam ini kan?

Allah dan rasulnya telah mengajarkan tauladan ikutan yakni كيف kita nak menghidupkan diri kita sendiri....

Ok, jika x faham... Ana bawakkan satu situasi....  situasinya  dimana

Katakan entalahkan (yg tgh membacani) dah bekerja...
Setiap hari  pergi kerja...
Setiap hari balik rumah lepas kerja
Makan malam
Solat tengok berita sikit sikit movie ke....
Selepastu tidur......
Esoknya semula
Enta membuat rutin yang sama hari hari,  setiap hari,  setiap waktu,  setiap jam,  setiap minit,  setiap saat.... Setiap mili saat....  enta melakukan rutin harian yang sama sama ulang...ulang...ulang....

Ana tanyakan pada anda...
Eh x boringke?  bosan hidup macam tu.....

Ha!,  apa yang ana cuba bawakan adalah konsep yang cuba disampaikan adlh

Life your day not live your day....

Apakah seorang muslim yang sebenar akan merasa sebegini?
Adakah?
Wallahi Tidak! 
Kerana kawan kawan,  sahabatku, 

Muslim itu tahu apa حدف nya tujuannya

Halatujunya...bekalannya
Muamalat nya...
Yakni dia tahu dan Amal dgnnya.... Kita tahu.... Naam ana akui kita semuanya tahu... Tetapi

Amal???

Basuh muka ambil muda... Sekian

Tuesday, 13 May 2014

TEMUBUAL penyokong As-sisi

ISU MESIR DI KACA MATA PENYOKONG AS-SISI Soalan (S): Bagaimana Jeneral Abdul Fa... ISU MESIR DI KACA MATA PENYOKONG AS-SISI
Soalan (S): Bagaimana Jeneral Abdul Fa... ISU MESIR DI KACA MATA PENYOKONG AS-SISI Soalan (S): Bagaimana Jeneral Abdul Fatah As-Sisi di mata anda?
Penyokong Sisi (PS): Bagi saya dan seluruh rakyat Mesir, dia merupakan wira, hero dan singa Arab yang cukup berani.
S: Kenapa anda berkata demikian? PS: Kerana dia sebenarnya telah menyelamatkan negara ini dari Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin hampir menjahanamkan negara ini selama setahun pemerintahan Morsi. Semasa Morsi berkuasa, yang memerintah ialah Mohammad Badi'e (Musryidul Am). Yang memberikan arahan kepada Morsi ialah Maktab Irsyad. Morsi hanya boneka. Sebab itu laungan kami kepada Morsi "Tumbang! Tumbang Pemerintahan Mursyid Am". Sepertimana Jamal Abdul Naser satu ketika dahulu yang kami anggap sebagai bapa kepada sekalian rakyat. Dia menjaga kami dari disesatkan oleh Ikhwan. Kerana itu dia menggantung Syed Qutb, Abdul Kadir Audah dan ahli Ikhwan yang lain. Jika tidak, sekian lama Mesir hancur kerana kerakusan Ikhwan.
S: Bukankah Morsi telah meletakkan jawatan sebagai Presiden FJP (parti yang ditubuhkan Ikhwan) sebaik sahaja dia menang?
PS: Ya, dia telah letak jawatan tetapi itu hanya sandiwara. Morsi tetap terikat dengan telunjuk Mursyidul Amnya.
S: Apa yang dibuat oleh Morsi hingga dilihat menjahanamkan negara?
PS: Morsi dan Ikhwan cuba menjual Terusan Suez kepada Qatar, kerana Qatar merupakan negara Arab yang menyokong pengganas. Morsi membiarkan terowong-terowong bawah tanah yang digunakan oleh HAMAS di sempadan Rafah-Gaza. Jelas terowong ini menggugat keamanan negara kami kerana terowong inilah yang digunakan oleh HAMAS untuk menyeludup senjata kepada Ikhwan di Mesir. Maka kerana itu, kami berterima kasih kepada pihak tentera yang memusnahkan terowong-terowong ini.
S: Apakah bukti anda mengatakan Ikhwan pertubuhan pengganas?
PS: Mereka bekerjasama baik dan sanggup mengupah mujahidin-mujahidin dari Iraq dan Afghanistan untuk menyerang pasukan keselamatan Mesir. Lihat, mutakhir ini kejadian letupan bom di balai-balai polis, tempat tumpuan awam dan gereja-gereja. Semua ini didalangi oleh Ikhwan dengan kerjasama HAMAS dan Al-Qaeda.
S: Jadi, bagaimana pula operasi pasukan keselamatan yang membunuh rakyat yang berkumpul secara aman di dataran Raba'ah dan Nahdhah?
PS: Siapa kata mereka kumpul secara aman? Mereka ingin mengangkat senjata dan menghuru-harakan negara. Senjata-senjata ini telah diseludup ke Mesir untuk digunakan oleh Ikhwan Muslimin bagi mengadakan pemberontakan kepada tentera. Mereka akan isytiharkan jihad kerana slogan mereka "Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi mereka". Mereka yang dibunuh itu bukan rakyat Mesir tetapi anasir-anasir pengganas dari HAMAS dan Al-Qaeda yang datang ke negara kami untuk membuat kacau. Jika tidak tentera kami yang membunuh mereka nescaya Mesir hancur.
S: Jadi, anda menyokong pembunuhan pihak tentera di Raba'ah? Bukankah mereka itu rakyat Mesir, mungkin dari sanak saudara anda?
PS: Ya, saya sokong. Mereka semua itu bukan rakyat Mesir tetapi anasir-anasir pengganas dari luar negara. S: Bagaimana anda melihat HAMAS dan penduduk Gaza? Tidakkah tindakan tentera yang menutup pintu sempadan Rafah menyebabkan kesulitan kepada umat Islam di Gaza untuk mencari rezeki dan terowong yang dimusnahkan, bukankah terowong-terowong ini digunakan untuk membawa ubat-ubatan dan makanan asas ke dalam Gaza?
PS: HAMAS bagi kami, ia sebuah pertubuhan pengganas kerana menggugat keamanan negara Mesir sepertimana juga Ikhwan. Lihat slogan-slogan mereka "ALLAH matlamat kami, Rasul Ikutan Kami, Jihad jalan kami, Al Quran perlembagaan kami". Semua ini slogan yang dibuat oleh Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwan di Mesir. Jadi, mereka semua adalah musuh kepada negara Mesir. Adapun tindakan menutup sempadan dan memusnahkan terowong kerana HAMAS hanya menggunakan nama rakyat mereka untuk menggugat keselamatan Mesir, untuk mencapai cita-cita politik mereka, bukan digunakan untuk kepentingan rakyat mereka.
S: Bagaimana hukumat mati yang dijatuhkan kepada 529 dan 682 orang termasuk Mursyidul Am Ikhwan?
PS: Amat wajar sekali. Inilah balasan apa yang mereka buat sewaktu berkuasa. Balasan Tuhan kepada mereka yang mengkhianati negara dan amanah rakyat. Lihat apa yang dibuat oleh Morsi bila berkuasa. Habis dibolot jawatan menteri, gabenor dan kakitangan Pejabat Presiden hampir semuanya dilantik orang Ikhwan. Balasan kepada mereka yang meminta bantuan dari pengganas luar untuk mempertahankan kuasa mereka.
S: Adakah anda melihat apa yang berlaku di Mesir sekarang "satu rampasan kuasa tentera"?
PS: Tidak. Ia merupakan kebangkitan rakyat yang menolak pemerintahan diktator Mohammad Morsi. Morsi selama setahun gagal memerintah. Gagal membangunkan negara, menyebabkan ekonomi menjunam dan banyak krisis yang menyusahkan kehidupan rakyat seperti krisis petrol dan bekalan elektrik. Jadi, pada 30 Jun 2013 seluruh negara menyaksikan kebangkitan rakyat yang menolak Morsi. Ia sama situasi seperti Mubarak pada revolusi 25 Januari 2011. Pihak tentera yang bijak menilai kehendak rakyat hanya melaksanakan tuntutan rakyat yang mahu Morsi disingkirkan. Maka kami namakan ia "Revolusi 30 Jun", bukan rampasan kuasa seperti yang didakwa oleh Ikhwan. Oleh sebab itu, kami melihat Jeneral As-Sisi seorang hero yang berani menyelamatkan negara ini dari kerakusan Ikhwan Muslimin.

S: Bagaimana dakwaan yang mengatakan Jeneral As-Sisi itu pembunuh, pengkhianat dan Zionis Israel sendiri menobatkan dia sebagai "wira kepada rakyat Israel"?
PS: Itu semua fitnah yang dihamburkan kepada beliau. Ikhwan sejak dari dahulu memang terkenal sebagai kaki fitnah.

S: Bagaimana anada melihat sokongan seperti kerajaan Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memberikan dana kepada tentera?

PS: Mereka membantu atas semangat sesama Arab. Kerana itu kami terhutang budi dengan Saudi dan UAE yang bukan hanya memberikan sokongan moral tetapi dana kepada negara kami selepas Mesir hampir muflis di tangan Morsi.

S: Sekarang diadakan pilihanraya Presiden persaingan antara Hamdeen Sobahi dan Jeneral As-Sisi. Siapa pilihan anda?

PS: Tentunya wira kami, Jeneral As-Sisi. Dia akan menang dengan berkat Allah. Sobahi itu pun munafik. Dia amat rapat dengan Morsi maka dia juga mesti dikalahkan. Sobahi ialah talibarut Morsi dan Ikhwan.

S: Kata-kata terakhir anda kepada Jeneral As-Sisi?

PS: Insya Allah, anda akan menang wahai tuan Jeneral. Teruskan berjalan wahai Tuan Jeneral. Jangan diendahkan kepada celaan mereka yang dendam kesumat terhadapmu. Bimbinglah kami dan negara ini kepada kemajuan, kenikmatan dan kemakmuran. Teruskan menerkam mangsa-mangsamu dari kalangan musuh-musuh negara. Andalah wira negara. *

Temubual ini merupakan sinopsis rampasan kuasa yang berlaku sejak tahun lalu bagi memudahkan para pembaca memahami kenapa kudeta masih mendapat sokongan segelintir rakyat mereka dan hujah-hujah di atas sering digunapakai oleh penyokong kudeta berdasarkan pengamatan admin.

Sumber:: Prihatin Mesir

Kini terpulang pda anda utk menilainya

Saturday, 10 May 2014

Quota umur anda 1 giga!

~: Tanda Umur Berkat :~
"Hidup disibukkan dengan amal soleh"
#Sesiapa yg rasa bosan x tahu nak buat apa.. Ambil Quran baca atau berzikir..
#Hidup x lama.. Setiap saat yg pergi membuatkan baki umur kita semakin hampir dengan kematian.
~:Hakikat Hidup Manusia :~
1. Proses Pembentukan Manusia
~ Ketika dalam alam rahim ibu 9 bulan.
2. Proses pemahaman dan penyempurnaan sifat
~ Pemahaman dan penyempurnaan sifat hasil pembelajaran di dunia seperti sifat sabar, redha, ikhlas dan lain-lain.
3. Kehidupan sebenar dan abadi.
~ Kehidupan di Akhirat (Syurga).
Apa yg kita nak kejar sangat kat dunia ni?.. Padahal kehidupan sebenar kita adalah di Akhirat..
Renungkan dan selamat beramal :) 

Sunday, 4 May 2014

Dakwah Gadget

Salam kepada semua ,

Agak lama faqir tidak mencoretkan disini kerana diserang virus M yang sangat melarat akhir akhir ini , tetapi Alhamdullilah diberi juga kesempatan kepada faqir untuk mencoret apa yang ingin dikongsikan bersama faqir.......

Ketamadunan dan kemodenan arus semasa telah mengubah landskap kehiduapan masyarakat zaman moden ini , mana tidaknya , ingat faqir dlu sewaktu kecil  kami mana tahu apa itu handphone , apa itu PSP yang faqir tahu TV ... kalau petang petang pun faqir suka main lompat galah dengan kawan kawan atau bola sepak ... tetapi

DULU LAIN SEKARANG LAIN PAK QIR OI !!!! 


aha dah tua faqir ni ye ! tahu benda tradisional yang boleh jumpa dalam kamus bergambar sahaja  sebabnya faqir lihat sekarang budak kecil kecil dlu baya time faqir kecil macam mereka ini sudah kenal apa itu ANDROID ! , faqir dlu pun tidka berapa kenal bahawasanya Android ni ada macam macam jenis , tapi sekarang  faqir dah ambil PHD dalam andriod(jenis nya sahaja ).........haha

lihat mereka kecil sebegini sudah ada handphone canggih untuk maen game dan sebagainya ....faqir lihat kekuatan teknologi sekarang sangat hebat hingga kan ia mampu merubah mentaliti anak anak sekarang .....

tapi ni ha !!! yang faqir cuba kongsikan sebenarnya...(penat cerita pasal kecil kecil dlu ,sekarang besar gamaknya)


Sebagai seorang daie /khalifah di atas bumi ni kita  LA BUDDA (tidak dapat tidak) kenallah menggunakan pelbagai medium untuk digunakan untuk berdakwah ..haaa! ini yang sepatutnya kita para syabab para mujtahidin kena gunakan handphone , laptop , internet  dan sebagainya demi untuk menjelaskan atau menjernihkan masyarakat tentang islam itu sendiri

tapi tapi tapi kan.....

terkadang faqir agak sedih juga melihat diri faqir diri sahabat faqir yang mana kami ini selalunya lebih bersama dengan handphone dan laptop  . Bila ditanya buat apa ??  Tak de pape tengok anime je ..... atau tgh chat dgn siapa tu?  Ala sibuklah ko ni aku tgh chat dgn Zaujah aku (ececece) tunang pun belum tentu tetapi  dah panggil zaujah ...

Pak Qir apa tu Zaujah ?? hhahaha itu perkataan arab melayunya serikandiku ...ewah

apapun bukan pasal zaujah faqir nak cerita tetapi faqir nak kongsi kepentingan yang kita boleh gunakan secara maksimum daripada teknologi itu sendiri ...guanakannya untuk menjelaskan rukun iman ,rukun islam , lagi best kalau kupas/share mengenai Apa erti saya menganut islam oleh Fathi Yakan ke ....kan sedap tu ...

atau nak best lagi share tentang apa dia calon isteri dan suami yang nabi gariskan untuk dijadikan pasangan hidup .

Faqir teringat kata kata Habib Umar Ben Hafiz , apa kata nya ...

'Jadikan television ,handphone,internet dan alat-alat lainya sebagai tulang belakang (pembantu ) agamamu

jika tidak alat itu akan menghancurkan dirimu sedangkan engkau akan tertawa kerana tidak menyedarinya,

ia akan merosakkan hatimu,akalmu,akhlakmu dan fikiranmu , tanpa engkau menyedarinya ,engkau tertawa bahagia padahal alat-alat itu telah merosak hal-hal paling berharga engkau miliki ....'

betul sebenarnya apa yang habib cuba katakan ,mana tidaknya kerana handphone kita tidka bertegur sapa ....
Eh apa pak qir mengarut ni ??

Begini paling simple faqir boleh kongsi pabila hari raya ...bila sepupu datang ke kampung ....tak tahulah jika ini kat tmpt faqir je yang rasa tetapi   bila sepupu datang selalu faqir lihat mereka ini lebih suka berkawan dengan handphone , PSP daripada berbual dengan ahli keluarga yang lain  ini yang tak berapa nak betul sebabnya ukhwah antara ahli keluarga itu penting kerana mereka berkongsi darah daging yang sama dengan kita .......

Akhir kalam , kita kena buat anjakan paradigma dengan betulkan yang biasa , biasakan yang betul