Thursday, 18 June 2015

Mesir : Tips Persedian ke Luar Negara

 Salam , in sha allah  ..  hari ini sudah 1 ramadhan , kome macamana? Ada rasa-rasa nak berbuka ke ? , jgnla .. tunggu dulu sampai waktu berbuka baru buka ..

Alhamdulilah ramai tanya (junior) akh barang apa nak kena bawa ke mesir ni , apa yang akh boleh cakap , mesir bukan asrama dan juga bukan rumah kita di malaysia .aha! , jadi sebagai persediaan untuk mahasiswa baru yang akan datang ke mesir ,berikut adalah yang perlu/boleh/harus dibawa ke mesir :


1)PAKAIAN

Untuk Majlis Rasmi

1-Baju Batik
2-Seluar Slack
3-Kasut Hitam       (selalunya entum mai kena pakai kasut pon )
4-Stokin Hitam      (takyah bawa byk2 pon takpe , mesir byk stoking bagus2)
5-Baju Kemeja      (cukup utk melawa je, tak sesuai pon nak pakai musim panas ,gelupur tak tahan panas nanti)
6-Tali Leher           (bawa dlm 2 helai ke )
7-Kot            (utk ini jgn risau kalau tak bawa , mesir byk jual suit/kot pada harga yg sgt munasarawak dan cantik)

Hari Raya

1-Baju Melayu Satu Set ( 1 set je, takyah lebih2 bazir )
2-Sampin (terpulang )
3-Songkok ( tak yah bawa pon takpa)
4-Kopiah Putih 
5-Jubah    (tak bawa pun takpe , hussein byk jual jubah cantik2 dan murah)
6-Serban   (sini kalao entum pakai serban , entum taraf syeikh azhar dah , haha )
7-Baju Raihan  (terpulang ,bukan satu kemestian)
8.Butang baju melayu  ( ni kena lah bawa kalau pakai baju melayu yang perlu butang tu )

Untuk Ke Kuliah

1-Baju Kemeja Pendek/Panjang   ( Kalau Al-azhar , tiada peraturan pun perlu pakai baju seperti di ipta malaysia cuma utk nampak kemas )
2-Baju T-Shirt Yang Bersesuaian 
  
*Pakaian untuk ke kuliah sebenarnya bebas,tapi pakailah pakaian yang sesuai,bukan yang menjolok mata.


**Untuk makluman semua,apabila kalian semua sampai ke bumi kinanah ini,selalunya Mesir akan mengalami musim sejuk selang beberapa bulan daripada tarikh entum tiba di Mesir..Musim sejuk selalunya bermula pada bulan 10/bulan 11.Baju sejuk tidak perlu dibawa dan dibeli di Malaysia.Beli di sini (MESIR)sahaja.Disini harga untuk baju sejuk murah . 




2)BARANG-BARANG PERIBADI

1- AL-QURAN TERJEMAHAN (sbb mesir negara arab jadi bawalah satu utk faham2 maksud gitu)
2- Baju harian ( t-shirt,baju melayu ?apa2 rasa perlu utk pakai seharian)
3-Seluar track &slack
4-Laptop (Di Al-Azhar,tak guna langsung laptop…nak bawak boleh ja…)
5-Kamera digital (tak perlu pon , sebab hp dah ada camera skrg)
6-Telefon bimbit  ( akh cadang bawa 2 hp , satu hp yg android gitu , satu hp cokia je yg guna utk cal)
7-Kain pelikat  ( bawa lah seberapa yg rasa perlu /cdgn 3 helai)
8-Seluar fit untuk musim sejuk  (selalu orang guan seluar jeans )
10-Ubat-ubatan peribadi
11-Charger phone 
12-Ex-stantion (exstantion dibuat di mesir x berkualiti langsung)
13-Tuala
14-Ipad/Samsung Galaxy Tab/1Malaysia Tab(kalau ada lar...huhu)
15- power bank 

*bab barang2 peribadi ini , jgn risau kalau terlupa/tak bawa di mesir kerana hampir semua brang yang anda perlu ini ada dijual dimana2 sahaja di mesir ini , Seniorita yang bertugas akan tolong entum cari barang punya laa 
*dan apa-apa barang yang dirasakan penting untuk datangkan rasa chenta ke mesir ni ...haha


3)UBATAN PERIBADI

1. Minyak Angin / Minyak Cap Kapak / gamat
2. Pil Chi Kit Tek Aun
3. Koyok
4. Paracetemol
5. Ubat batuk / Selsema   (boleh didapati di soidiliyah mesir (farmasi bersepah )
6. Lip Balm / Lotion

* utk no 1, 2 dan 3 bawalah seberapa yg perlu utk diri sbb mesir takda benda tu pon ,haha teapi ubat lain seperti ubat batuk,selsema dan paracetamol dan ubat2 lain byk di jual di mesir dan harganya sgtlah murah ( jgn terkejut harganya nanti ) haha





4)DUIT

Sebelum ke Mesir,anda diminta untuk menukarkan duit RM kepada USD (US Dollar) Tukarkan wang anda sebanyak USD 300 (nk tahu dlm RM berapa,convert sendiri) Duit RINGGIT : TIDAK DITERIMA di Mesir.Hanya USD SAHAJA.Duit MESIR semestinya diterima di Mesir.Untuk tukaran wang US Dollar,Sila tukarkan wang entum di Malaysia.Boleh jika di sini,tetapi tukaran pound mesir kepada USD amatlah rugi jika ditukar.

Tukaran Semasa : USD 300 = RM 945.75  WAJIB TUKAR!Untuk permulaan ketika mula2 sampai ke sini.
Untuk mengetahui kiraan terkini,klik SINI




5)KAD BANK

Selalunya orang-orang disini buka akaun HSBC.Buat akaun bersama,dua penama antara waris dan pelajar Sebelum ke Mesir,test deposit dan withdraw duit supaya berfungsi kad tersebut…nanti bila datang ke mesir,tak berfungsi…menangis tak berlagu…kena pulak duit beribu2 pulak dalam akaun tu…pergi dekat HSBC,kata kat dia nk bukak akaun bersama.Diorang faham…

Akaun bersama : akan dapat 2 kad bank.satu untuk waris kita dan satu kad lagi untuk kita.Nanti senang lar ayah nk deposit duit.Tapi,mentang-mentanglah kat sini duit kita tinggi kat Mesir,jangan boros.Bila buat kad HSBC akaun bersama,ayah kita juga boleh tahu baki duit di dalama akaun tersebut.maksudnya,akaun hanya satu tapi boleh diakses menggunakan 2 kad bank,yang ada dekat kita dengan waris kita nanti.




6)BARANG MAKANAN (Paling Penting Untuk Anda Di Mesir)

Barang-Barang Yang Perlu Dibawa & Tiada Di Mesir

PERINGATAN : Ini hanya cadangan…akh tak suruh entum membawa kesemuanya.Pakat dengan kawan2,bawa sorang sikit,baru tak berat beg.Sebab nanti nk bubuh baju lagi,barang peribadi lagi 
Barang-barang yang tidak disenaraikan di bawah,ada di Mesir.(tidak semua) - jangan beli jenis nak guna seminggu,beli sepapan / sekotak (untuk kegunaan jangka masa panjang) ...Jangan beli satu dua bungkus je taw...haha

1-Ikan Bilis (PENTING)
2-Ikan Kering/Ikan Masin*** (PENTING)
3-Rempah Masakan (Ayam-Ikan-Udang-Sotong-Ketam-Kurma-Kunyit)
4-Minuman segera (MILO-Nescafe-RADIX-Horlicks) ***
5-Makanan segera (Maggi-Bihun PAMA-Ruski dll…tapi kat Mesir pun ada Maggi…Indomee nama dia)***
6-Santan serbuk ( Bawa ala kadar , ada dijual di mesir sekarang ni )
7-Perencah (Nasi Goreng-Bihun Goreng-Tom Yam-Sup-Sup bunjut)
8-Kiub (Ayam-ikan bilis-Tom Yam)***
9-Sos dan Kicap (cari yg botol plastik/beli yang dalam paket 1kg)- (SINI XDE SOS CILI )
10-Asam jawa***
11-Asam keping***
12-lada hitam , lada sulah***(PENTING)
13-cili kering*** (PENTING)
14-Kerisik***
15-Serunding***
16-Daun limau***
17-Bihun (ada di Mesir tp mahal sangat2)
18-Serbuk Perasa (Maggi Cukup Rasa/Hilal/Know Pasti Sedap)
19- Budu ( Sedap wooo , kenal budu kat sini )  (PENTING)
20-Belacan (balut dengan palstik/kertas tebal supaya tidak berbau) (PENTING)
21-Daun kesum***(bukan daun ketum ye , jgn salah nnti ..haha)
22-Daun pandan***

Tanda *** ialah yang tidak digalakkan bawa.Tapi tiada masalah untuk membawa.diingatkan sekali lagi,pakat dengan kawan2,bawak sikit2 barulah ringan beg.Cuma kalau penuh sudah barang just bawa mana yg di'highlightkan penting tu jeee pon ok daa )

Jangan Bawa! 
(bukan bermaksud tidak boleh sama-sekali untuk bawa.Cuma,tidak digalakkan.Kalau entum rasa ia perlu untuk diri ,silakan bawa.Tujuan akh berkongsi di bawah hanyalah untuk memudahkan entum membawa perkara yang lebih penting.Ia juga dapat menjimatkan ruang beg/bagasi entum)

1-Periuk nasi
2-Beras
3-Ubat gigi
4-Berus gigi
5-Daedorant
6-Sikat
7-Pemotong kuku
8-Gunting
9-Pisau
10-Penyangkut baju
11-Sabun
12-Syampu
13-Pisau cukur
14-Pemotong rambut
15-Barang2 kosmetik
16-Pencuci muka
17-Air mineral
18-CD/DVD
19-Duit MALAYSIA
20-Minyak wangi 
21-Periuk belanga
22-Cawan
23-Pinggan
24-Sudu/garpu
25-Broadband
26-Garam/Gula
27-Mee
28-Kuew Teow
29-LESUNG BATU
30-Petai (terpulang kalau nak bawa , tetiba rindu petai ke )





 7)KAD SIM





8)DOKUMEN-DOKUMEN PENTING


1.SALINAN IC MAK AYAH 
2. sALINAN PENYATA GAJI MAK AYAH 
3.SALINAN SURAT BERANAK
4.SALINAN KAD PENGENALAN SENDIRI,MAK AYAH, ADIK BERADIK
5.SALINAN SLIP SPM,SIJIL-SIJIL YANG PENTING

DAN YANG PALING PENTING ANTARA YANG TERPENTING ADALAH  PASSPORT

kerana passport ibarat kad pengenalan kita disini , dan tolong sangat2 jaga nya elok2 jgan hilang atau tersalah tempat pon 

* ini semua utk memudahkan urusan jikalau mahu memohon bantuan zakat /biasiswa atau sewaktu dengannya , orang arab tak nak pon tgk benda ni semua ...hahaha


Rasanya itu sahaja yang akh  boleh kongsi dgn entum semua sebagai persediaan ke mesir , apapun akh harap jgn mengalah bila sampai di sini , walaupun  tempat ini tak seperti yang ada dalam gambaran atau fikiran entum semua .

AHLAN WASAHLAN ILA MISR WA KULLU AM WAANTUM BILKHEIR , IN SHA ALLAH

SAHSIAH TERBINA MANHAJ AL-AZHARI TERLAKSANA

BEKERJA UNTUK ISLAM BERSAMA KAMI