Friday, 25 December 2015
mujahedahsolehah: Kalam Murabbi Motivasi Diri
Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidak boleh lari dari belajar , kadang-kadang masa yang ada di sia-sia kan .. bila ditanya berapa jam kamu belaja?? diri terpinga-pinga sebab belajar tak ikut waktu, bila rasa nak belajar , rajin buka buku ,tapi bila perasaan malas mula menerjah ruang diri , leka tanpa sedar ...
Pesan seorang murabbi " sesuatu yang tidak tersusun atau tidak ada peraturan adalah sesuatu yang sia-sia " ..tetiba teringat kata-kata Saidina Ali Karamallahu wajh : " Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun rapi " . Di sini dapat kita lihat sesuatu amal yang dilakukan tanpa ada yang manhaj-manhaj yang teratur melambat kan kerja-kerja islam ke arah mencapai sebuah kemenangan.Dan tidak hairanlah mengapa kemenangan itu lambat ?? ( tetiba lak masuk bab lain ..maaf ) Berbalik pada pengurusan manhaj belajar para murabbi selalu bertanya kami sebagai studentnya bagaimana cara kamu semua menguruskan masa ?? berapa surah yang kamu dah hafal?? dan ini sering kali diulang oleh para doktor dan membuatkan "aku" terpaku sendirian ..memang tidak di nafikan cara pengurusan tidak lah sistematik dan tidak teratur..juga sering terfikir untuk cuba berubah tapi entah mengapa lain yang dirancang lain pula jadinya .. Kehidupan seorang mahasiswa disibukkan dengan banyak perkara belajar di kuliah, tallaqi , urusan persatuan dan lain-lain , maka hal ini menyebabkan rasa "futur" di tengah-tengah jalan .. Oleh yang demikian ,
Murabbi menitipkan beberapa nasihat yang bermanfaat antaranya :
1) jaga al-quran dan as-sunnah dengan sehabis baik
2) luangkan masa menghafal kalam-kalam ILLAHI dan hadis-hadis nabawiyyah (paling minuman 1 juzuk + 1 hadis )
3) tidak dapat manfaat nya jika belajar tapi tak ambil ibrah (pengajaran) (eg : belajar riyadhus solihin tapi matan hadis tak hafal tak cukup setakat faham je ,tidak dapat tidak kena hafal matan yang ringan-ringan dan mudah dihafal dengan istiqomah yang asalnya susah nak hafal lama2 jadi mudah)
4) cuba bahagikan masa sebaik mungkin ( belajar , tallaqi , persatuan )
5) jangan hampakan harapan semua yang menantikan kepulangan kita sebgai pembawa risalah ISLAM
6) kosongkan fikiran dari perkara2 yang menyibukkan diri anda ( eg : riadah dll )
7) kita bukan sahaja kena fokus pada pembacaan semata mata tapi dari segi kemahiran bercakap harus di pertingkatkan
8) fokus pada hafalan nusus yakni Al-Quran Dan As-sunnah , jgn setakat faham tapi kena hafal ayat AQ dan matan hadis
9) berbanyakkan kalimah-kalimah arab
10) if rasa malas timbul cuba variasikan cara belajar,cara menghafal dan lain-lain ( analogi : jika kita kurang selera makan mesti kita akan cub variasikan makanan ada ayam ada sayur ada buah, ada kuih muih begitu juga "selera" belajar perlu dipelbagaikan metodnya ) sekali lagi ingin saya lontarkan kalam murabbi " sesuatu yang tidak ada manhaj adalah sia-sia " moga kita mengambil ibrah dari kalam murabbi ... lebih-lebih lagi saya yang menulis sebab tangan yang menaip lebih dekat dengan mata yang melihat..moga ALLAH pandu usaha yang dilakukan .. ALLAH MUSTA'AN ... murabbi yang di maksudkan : Dr. a'tiyyah fayyad ( dr fiqh islami ) mohon maaf atas kekurangan sekadar berkongsi nasihat murabbi (ad salah sila tegur ) ~ kadang-kadang kita alpa hadirnya kalam taujihat mengembalikan kekuatan dan semangat ~
:: post minggu ni agak simple bahasa pun dah bercampur2 see u all next post ::
Dipetik daripada blog dibah:
mujahedahsolehah: Kalam Murabbi Motivasi Diri:
Saturday, 10 October 2015
Warkah untuk Sistem !
Kekadang ramai tak ibu bapa luar sana berasa pelik tak bilamana dahulu anak-anak anda di waktu usia sekolah rendah sangat performed akan tetapi meningkat remaja (alam senior sek menengah) prestasinya berkurang , kntroversinya bertambah dan juga sebaliknya , pelik betul ??
Pernah tak kita tertanya
KENAPA?
MENGAPA ?
BAGAIMANA?
Di waktu usia mereka bersekolah rendah , hadaf utama mereka adalah belajar semata-mata untuk ilmu serta didorongi oleh ibu bapa yang sangat jitu membuatkan mereka termotivasi untuk menjadi lebih cool~
Masa dan keadaan terus berlalu...........
Usia anak meningkat dan terus memasuki alam sek menengah ,
Pada usia ini , anak sudah mengerti serta mempunyai perasaan yang pelbagai dan suasana sekitar mereka yang turut berubah ...
kit aperasankan perkara ini ???
Waktu ini anak-anak telah dibayangi dengan pelbagai ideologi yang mengikis tujuan hadaf al-u'laa dalam belajar kerana selalu dibayangi oleh ideologi seperti ini :
"Anda harus lulus SPM"
" anda harus lepas PT3 "
"Anda jangan luahkan pendapat anda ,kalau tak nak diambil tindakan "
"Anda wajib dapat 4 flat "
serta pelbagai ideologi yang telah mengkategorikan dan mengehadkan percambahan kreatif idea anak-anak anda. Pelbagai bentuk ketakutan ini telah membayangi pemikiran anak-anak tersebut .
Nah ! , hasilnya anak-anak mula takut terhadap bayang yang dicipta oleh suasana sekeliling mereka seperti takut dibayangi ketakutan :
-menjawat nombor terakhir dalam peperiksaan
-takut untuk mengulangi tahun pengajian
-takut tidak dapat memenuhi 'everyone expection'
dan segala bentuk ketakutan yang ada
Dalam konteks ini , bukanlah mahu menyalahi ibu bapa mahupun guru ! TIDAK ! bukan itu tujuan aku menulis !
Pelik bukan ? lalu salah siapa ? siapa yang harus dipersalahkan ?
kerna apa yang membentuk pemikiran yang spesimik seperti ini disebabkan sistem yang ada ,
Kenapa aku tulis begitu ? aku ni anti-sistem ke ?
Bukan begitu , seperti yang aku tegaskan sebelum ini , tiada siapa yang harus dipersalahkan , hanya setiap orang antara kita menyedarinya itu adalah salah kita ataupun tidak ...
Sistem ini mahukan yang " THE BEST " , " THE SPECIAL " , " THE POPULAR " , "THE RICHEST " untuk terus mendokongi sistem yang ada ini .
Lalu...
Diperah sekalian kudrat anak-anak daripada segala bentuk semata-mata dapat memenuhi spesifikasi yang ditanda aras oleh sistem tersebut tanpa mengambil tahu /memandang enteng akan justifikasi yang akan berlaku .
Sesiapa yang tidak "FIT IN COLUMN" dalam sistem tersebut ,akan dikeluarkan dan dibiarkan mereput agar dapat memberi anak-anak yang telah memnuhi kriteria yang mereka letak untuk mengambil alih ...
Akan tetapi ...
Aku tegaskan bahawasanya bukannya aku meletak salah ini atas sesiapa mahupun sistem , adapun ini sudah menjadi adat dan "by hook or by crook " kita kena hidup juga dalam adat yang dicipta ini dan cuba kekal " survive " dalam sistem ini .
Adapun apa yang aku cuba sampaikan ,
Bagi anak-anak seperti aku, hiduplah dalam kehidupan anak, kesialapan yang lalu usahlah ditangisi lama dan tindakan proaktif haruslah dibuat kembali kerana kita diajar untuk "survive " , "fit in system ".
Bagi ibu bapa , tatkala melihat anak anda jatuh tersungkur ,segera ! paut tangan anak anda dan pimpinlah mereka untuk mendepani ujian yang mendatang dan teguhlah menyokong mereka kerana penokong setia yang mereka hanya ada pada mereka adalah anda berdua !
Bagi guru-guru , didiklah anak muridmu seikhlas hatimu , dan elakkanlah mengajar untuk memenuhi KPI kementerianmu atau seumpama dengannya , kerana apa ?
Unibersity bukanlah kilang ! Sekolah bukanlah Penjara !
Mahasiswa bukanlah Furbished Set ! Pelajar bukanlah Banduan !
Ajarilah mereka bagaimana untuk kekal berada dalam "food chain " dan "survive" , dan yang paling penting ! ajarilah mereka mengenal siapa tuhan mereka , siapa pencipta mereka ....
Kepada sistem?
Tiada apa yang dapat aku katakan mengenainya , sistem adalah buatan manusia , dan manusia tidak pernah terlepas daripda membuat kesilapan , apa yang menjadi keutamaan adalah meletak pemahaman ttentang agama yang dianuti , kerana mesej utama setiap agama adalah memberi keamanan dan kesejahteraan .....
lalu kenapa ia harus dipisah dari kehidupan mereka ??
Selamat Datang Wahai Anak-Anak Ke Menara Gading
Tuesday, 1 September 2015
adakah Alquran itu ما هو شفاء ??
BENARKAH AL-QURAN ITU PENAWAR?
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
“Ada Ustaz menyebut Al-Quran itu penawar kepada semua sakit! Tapi kenapa bila saya baca ayat Syifa’ untuk sakit gout di kaki saya, tetap tidak sembuh? Masih berdenyut-denyut? Kenapa ini berlaku sedangkan al-Quran itu mukjizat. Sama ada Ustaz berbohong atau al-Quran itu bukan penawar sakit saya?”
Itu antara soalan “maut” yang pernah didengar dari orang awam. Sesetengah Ustaz yang berkata demikian tidak bercakap kosong tetapi merujuk kepada banyak ayat antaranya:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Ertinya: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur “DARI AL-QURAN AYAT-AYAT SUCI YANG MENJADI UBAT PENAWAR DAN RAHMAT BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADANYA;” dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua: (al-Isra’ [17:82]).
Perkara sama turut di sebut dalam surah Fussilat [41:44]). Al-Quran itu benar dan pasti. Tapi kenapa sakitnya tidak sembuh? Pasti ada sesuatu yang tak kena. Sebarang ayat yang mengatakan al-Quran sebagai penawar “PERLU DIBACA BERSAMA” ayat ini:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Ertinya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu “AL-QURAN YANG MENJADI NASIHAT PENGAJARAN DARI TUHAN KAMU, DAN YANG MENJADI PENAWAR BAGI PENYAKIT-PENYAKIT BATIN YANG ADA DALAM DADA (HATI) KAMU,” dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)" (Yunus [10:57-58]).
Rupanya maksud PENAWAR AL-QURAN BUKAN MERUJUK KEPADA SAKIT FIZIKAL TETAPI SAKIT BATIN ATAU JIWA. Imam ibn Kathir menegaskan maksud al-Quran sebagai penawar:
يذهب ما في القلوب من أمراض، من شك ونفاق، وشرك وزيغ وميل، فالقرآن يشفي من ذلك كله
Ertinya: (al-Quran itu) menghilangkan segala macam penyakit dalam hati, yang terdiri dari syak wasangka, kemunafikan, syirik, sesat dan bengkok (dari kebenaran). Maka al-Quran (merawat dan) menyembuhkan dari semua (penyakit hati itu) keseluruhannya (Tafsir Ibn Kathir).
Contoh mudah memahami bagaimana al-Quran boleh menjadi “ubat” penyakit hati adalah:
1) Pengumpat tegar yang memerhati ancaman azab bagi dosa lidah dalam al-Quran (al-Hujurat [49:12]) dan (al-Humazah[104:1-9]) akan berasa gerun dan berfikir panjang sebelum mengumpat. Kegerunan itu mendorongnya berhenti dari mengumpat, maka hatinya yang kotor lama kelamaan akan “DIRAWAT OLEH PEMBACAAN DAN PENGHAYATAN AL-QURAN.”
2) Manusia yang menyembah berbagai berhala dan tangkal akan insaf berfikir dengan waras setelah memahami logik Allah dalam al-Quran betapa segala macam makhluk selain Allah tak mampu membawa manafaat atau mudarat kepada penyembahnya. Dengan logik itu, hatinya yang bergelumang dengan najis syirik “AKAN DIRAWAT OLEH PEMBACAAN DAN PENGHAYATAN AL-QURAN.”
Pun begitu, tak boleh dinafi al-Quran juga mampu mengubati sakit fizikal seperti kisah jampian pengubat sengatan binatang berbisa oleh seorang sahabat Rasulullah SAW hanya dengan menggunakan surah al-Fatihah (Sahih al-Bukhari).
Kesimpulannya, kuasa penyembuhan jampian al-Quran bergantung kepada kualiti iman pembacanya. Al-Quran seumpama sebilah pedang pada tangan seorang pendekar. Pendekar yang “HANDAL BERKUALITI DENGAN PEDANGNYA” mampu mengalahkan seramai mana pun musuh yang datang. Jika pendekar palsu memegang pedang, mungkin pedangnya bakal menikam diri, jauh sekali mahu mengalahkan musuh.
Oleh itu, si pendekar perlu "selalu berlatih dan yakin dengan kemampuan pedangnya barulah pedang menjadi senjata berguna pada tangannya".
Saturday, 29 August 2015
Rahsia GPA 4.00
RAHSIA GPA 4.00
CGPA-4.00
Dulu sahabat saya ini gagal. Dia buat silap dalam peperiksaan yang semester lepas di UM. Dan yang cantiknya aturan Allah, bila dia mula kembali kepada Allah secara sedar, sepenuh hati. ‘Bantuan Allah’ tak pernah tersalah poskod. Saya kongsikan status sahabat saya Ahmed Hazman ;
——————————-
Failure is only the opportunity to begin again. Only this time more wisely.
——————————-
“Arghh..”, aku menguap bangun pagi (tidur selepas subuh) sambil membuka iPad untuk check result semester 2 2013/2014.
D+ yang aku nampak dahulu, bagaikan A dan B tiada disitu.
Terkejut.
Kecewa.
Terdiam seribu bahasa.
Banyak kali refresh web untuk pastikan result itu. Namun, apakan daya result yang dipamerkan itu memang result semester tersebut. Tetapi, atas keimanan dan kewarasan akal, aku cekal dan tabah menghadapinya dan beberapa kali meningatkan diri bahawa ada hikmah di sebalik kegagalan ini.
Keinsafan disertakan sujud syukur.
Semester baru dengan azam yang baru aku melangkah untuk menebus kegagalan yang lalu.
…..
Apa yang silap semester lepas diperbetulkan semester ini.
1. Jikalau dahulu, kelas didahulukan dari solat, kini solat diutamakan. Allah diutamakan kerana sesungguhnya kesemua nikmat yang diinginkan manusia datangnya dari Allah. ‘Kun Fayakun’
2. 3 solat sunat penambah kejayaan dilakukan setiap pagi; solat tahajud, solat sunat sebelum subuh dan solat dhuha. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi habit. (terpantun pula)
3. Solat hajat dan doa dilakukan sebelum, semasa dan selepas supaya tidaklah seperti diperhambakan oleh sistem pendidikan.
4. Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) hasil penulisan Che Insyirah. Boleh rujuk http://www.TeknikBAD.com . Teknik BAD ini sangat berkesan untuk semester kali ini. Banyak yang Allah datangkan tanpa disangka-sangka. Turun berat badan dari 83kg-68kg, pergi ke Kemboja, mendapat result yang cemerlang dan lain-lain.
5. Ubah cara belajar. Jikalau dahulu di PASUM, study group dijadikan salah satu strategi, kini aku menggunakannya kembali bersama rakan-rakan seperjuangan Kejuruteraan Mekanikal yang lain. Study group merupakan medium untuk berkongsi ilmu walaupun sedikit. Sharing is caring.
6. Fail to plan is plan to fail. Kata-kata ini disemat supaya merancang awal. Merancang carry mark dan menyiapkan tutorial sebelum study week. Peperiksaan bagi subjek yang lewat akan didahulukan supaya tidak seperti cacing kepanasan di hari sebelum peperiksaan.
…..
Alhamdulillah, semester ini (sama ada rezeki atau ujian) aku memperoleh 4 rata.
Sebagai umat Islam, kita ada senjata orang beriman iaitu doa.
Bukan tidak perlu belajar, tetapi utamakan si Pemberi yang Maha Esa dari makhluk-makhluknya yang lain.
p/s: Pesanan ini untuk kita semua terutamanya pada aku pada semester 4 nanti. Ingat! Jatuh bukan bermakna gagal selamanya. Hidup ibarat roda, mungkin hari ini kau berada di atas, esok, lusa tidak diketahui. Ambil pengalaman orang lain untuk diadaptasi dalam jalan menuju kejayaan kita kelak.
Terima kasih sebab membacanya.
————————
Belajar sesuatu? Alhamdulillah..
Sunday, 5 July 2015
Henshin Hati Ite !
Salam , tup-tap tup-tap dah nak dekat habis ramadhan daa ....
Tetamu kita dah nak pergi meninggalkan kita , tapi kita seolah-olah cuba menghalaunya dari rumah kita , harapnya lagi tinggal saki baki ramdhan yang ada , kuatkan amalan , pulun abis-abisan , tekadkan azam bangun tahajud berqiyamulail ...
Mesyi??...Fa Aina tamsyii ... :D
Ok in sha allah , harini akh nak sentuh tntg tajuk akh pilih , akh nak lock target mengenai orang yang bagaimana dikatakan Suci Hatinya ? Ghani JIWANYA ??..
Adapun akh bukanlah orang yang kaya jiwanya ,jauh sekali dari suci hatinya walakin , kita sama-sama berubah untuk ke arah lebih baik ...
Awalan , akh nak cerita tntg 4 ciri orang yang bahagia :
1) Orang yang beriman dan hidupnya dalam keadaan yang aman.
Kebanyakan Allah memberi orang-orang sebegini keamanan dan ketenangan dalam jiwanya , keamanan dalam hidupnya , harmoni dalam keluarganya , golongan ini adalah golongan yang bukan sahaja bahagia di dunia akan tetapi di akhirat jua....semoga kita tergolong dalam orang sebegini
2)Orang yang beriman akan tetapi hidupnya penuh dgn ujian
Orang sebegini diuji byk dalam kehidupannya untuk apa ? untuk dinaikkan tingkatan imannya bertingkat-tingkat , apa bahawa mereka ini tergolong antara yang bersyukur ataupun tidak ?
3)Orang yang berterusan dalam maksiat akan tetapi rezekinya melimpah ruah
Nauzubillah min zalik , kita maklum bahawa orang sebegini adalah dimana , rezeki di langit dibuka seluas-luasnya untuknya sehingga dia tidak nampak jalan untuk pulang kepada Allah itu , Lalu Faj'atan, Allah tarik kesemua nikmat yang dia berikan kepadanya itu sekaligus , rentap rezekinya , maka jatuh terduduklah dia tidak berkesudahan , penyesalan bukan kepalang ,tidak mampu berkata , hanya mampu memohon pada Yang Satu akan tetapi semuanya terlambat .....harap kita tidak tergolong dalam golongan ini
4) Orang yang berterusan dalam maksiat tetapi sempit kehidupannya
Nauzubillah min zalik juga , golongan ini sama sahaja seperti golongan di atas akan tetapi hidupnya sempit nyempit akan tetapi keadaanya tidak menyebabkan berubah utk kembali ke pangkal jalan akan tetapi makin jauh akibat hidupnya yang terlampau sempit .
#golongan yang disebut diatas adalah ciri golongan yang boleh kita tahu samaada bahagia jiwanya ataupun tidak
Lalu bagaimana mahu mencapai hati yang tenang , ? dan hati yang suci ?
Perkara ini sudah banyak disentuh oleh ulama' dalam kita yang sangat muktabar contohnya "penawar bagi hati" ,"Torik ila Ibadullah " dan sebagainya
Apa yang akh boleh akh kongsi apa yang tersimpan kemas ini pu sikit sahaja ,
1) Berdamping dengan orang yang soleh
Berdamping dengan orang yang soleh dapat membantu kita untuk 'Taqrabul ila Allah "
2) Menghayati peranan sebagai seorang hamba
Bila kita lupa siapa kita yang sebenarnya pada hakikatnya adalah seorang hamba maka kiat akan susah mencapai ketenangan dalam diri dan mencapai kebahagian , justeru penghayatan itu perlu kerana
Orang yang tidak menghayati peranan sebagai HAMBA maka ia takkan HUMBLE !
# ini sedikit sebanyak yang akh boleh kongsi dengan entum semua , ( biar ringkas dan padat )
Bila nak buat amal baik ni , mesti ada je tak kena , selalunya tohmahan memahan lawak , mengijaukan orang akan berlaku ,
ayat ayat aje2 selalunya gini
'Buat apa sembahyang sunat byk , sama je ko tu aku tgk tak berubah apapon "
"Ingat gi sejid setiap hari boleh padam apa ko dah buat masa lampau jiao ko dulu kaaa??''
inilah antara ayat ayat kucing yang cuba melalak seperti serigala pada waktu malam , akan tetapi bagus kucing sebegini kerana ia lagi menambah perasa pada jiwa kita bahawa berubah itu perlu !
lalu bagaiman ?
Kata imam Fudhail rahimallahutaala..,
Beribadat kerana orang itu SYIRIK ,
Beribadat kerana syurga itu RIAK .
lalu kita ni macamana ??? nak taknak kita perlu ada wasatiyah ,, aha ! ini yang selalu PM Dato NAjib kita tekankan Konsep Wasatiyah ...ahahha ..
apapun , kita buatlah ibdat apapon , walupun kecil ke yang penting istiqomah !
# KEJAR WAKTU BERHARGA RAMADHAN YANG TERAKHIR INI !!!
Thursday, 18 June 2015
Mesir : Tips Persedian ke Luar Negara
Salam , in sha allah .. hari ini sudah 1 ramadhan , kome macamana? Ada rasa-rasa nak berbuka ke ? , jgnla .. tunggu dulu sampai waktu berbuka baru buka ..
Alhamdulilah ramai tanya (junior) akh barang apa nak kena bawa ke mesir ni , apa yang akh boleh cakap , mesir bukan asrama dan juga bukan rumah kita di malaysia .aha! , jadi sebagai persediaan untuk mahasiswa baru yang akan datang ke mesir ,berikut adalah yang perlu/boleh/harus dibawa ke mesir :
Di Mesir terdapat 3 telco utama iaitu Vodafone Egypt,Etisalat dan Mobinil Jangan risau,soal sim card akan diuruskan oleh abang2/kakak2 lama.Mereka akn tunjukkan kepada anda nantisetelah datang ke sini.

Alhamdulilah ramai tanya (junior) akh barang apa nak kena bawa ke mesir ni , apa yang akh boleh cakap , mesir bukan asrama dan juga bukan rumah kita di malaysia .aha! , jadi sebagai persediaan untuk mahasiswa baru yang akan datang ke mesir ,berikut adalah yang perlu/boleh/harus dibawa ke mesir :
1)PAKAIAN
Untuk Majlis Rasmi
1-Baju Batik
2-Seluar Slack
3-Kasut Hitam (selalunya entum mai kena pakai kasut pon )
4-Stokin Hitam (takyah bawa byk2 pon takpe , mesir byk stoking bagus2)
5-Baju Kemeja (cukup utk melawa je, tak sesuai pon nak pakai musim panas ,gelupur tak tahan panas nanti)
6-Tali Leher (bawa dlm 2 helai ke )
7-Kot (utk ini jgn risau kalau tak bawa , mesir byk jual suit/kot pada harga yg sgt munasarawak dan cantik)
Hari Raya
1-Baju Melayu Satu Set ( 1 set je, takyah lebih2 bazir )
2-Sampin (terpulang )
3-Songkok ( tak yah bawa pon takpa)
4-Kopiah Putih
5-Jubah (tak bawa pun takpe , hussein byk jual jubah cantik2 dan murah)
6-Serban (sini kalao entum pakai serban , entum taraf syeikh azhar dah , haha )
7-Baju Raihan (terpulang ,bukan satu kemestian)
8.Butang baju melayu ( ni kena lah bawa kalau pakai baju melayu yang perlu butang tu )
Untuk Ke Kuliah
1-Baju Kemeja Pendek/Panjang ( Kalau Al-azhar , tiada peraturan pun perlu pakai baju seperti di ipta malaysia cuma utk nampak kemas )
2-Baju T-Shirt Yang Bersesuaian
*Pakaian untuk ke kuliah sebenarnya bebas,tapi pakailah pakaian yang sesuai,bukan yang menjolok mata.
**Untuk makluman semua,apabila kalian semua sampai ke bumi kinanah ini,selalunya Mesir akan mengalami musim sejuk selang beberapa bulan daripada tarikh entum tiba di Mesir..Musim sejuk selalunya bermula pada bulan 10/bulan 11.Baju sejuk tidak perlu dibawa dan dibeli di Malaysia.Beli di sini (MESIR)sahaja.Disini harga untuk baju sejuk murah .
2)BARANG-BARANG PERIBADI
1- AL-QURAN TERJEMAHAN (sbb mesir negara arab jadi bawalah satu utk faham2 maksud gitu)
2- Baju harian ( t-shirt,baju melayu ?apa2 rasa perlu utk pakai seharian)
3-Seluar track &slack
4-Laptop (Di Al-Azhar,tak guna langsung laptop…nak bawak boleh ja…)
5-Kamera digital (tak perlu pon , sebab hp dah ada camera skrg)
6-Telefon bimbit ( akh cadang bawa 2 hp , satu hp yg android gitu , satu hp cokia je yg guna utk cal)
7-Kain pelikat ( bawa lah seberapa yg rasa perlu /cdgn 3 helai)
8-Seluar fit untuk musim sejuk (selalu orang guan seluar jeans )
10-Ubat-ubatan peribadi
11-Charger phone
12-Ex-stantion (exstantion dibuat di mesir x berkualiti langsung)
13-Tuala
14-Ipad/Samsung Galaxy Tab/1Malaysia Tab(kalau ada lar...huhu)
15- power bank
*bab barang2 peribadi ini , jgn risau kalau terlupa/tak bawa di mesir kerana hampir semua brang yang anda perlu ini ada dijual dimana2 sahaja di mesir ini , Seniorita yang bertugas akan tolong entum cari barang punya laa
*dan apa-apa barang yang dirasakan penting untuk datangkan rasa chenta ke mesir ni ...haha
3)UBATAN PERIBADI
1. Minyak Angin / Minyak Cap Kapak / gamat
2. Pil Chi Kit Tek Aun
3. Koyok
4. Paracetemol
5. Ubat batuk / Selsema (boleh didapati di soidiliyah mesir (farmasi bersepah )
6. Lip Balm / Lotion
* utk no 1, 2 dan 3 bawalah seberapa yg perlu utk diri sbb mesir takda benda tu pon ,haha teapi ubat lain seperti ubat batuk,selsema dan paracetamol dan ubat2 lain byk di jual di mesir dan harganya sgtlah murah ( jgn terkejut harganya nanti ) haha
4)DUIT
Sebelum ke Mesir,anda diminta untuk menukarkan duit RM kepada USD (US Dollar) Tukarkan wang anda sebanyak USD 300 (nk tahu dlm RM berapa,convert sendiri) Duit RINGGIT : TIDAK DITERIMA di Mesir.Hanya USD SAHAJA.Duit MESIR semestinya diterima di Mesir.Untuk tukaran wang US Dollar,Sila tukarkan wang entum di Malaysia.Boleh jika di sini,tetapi tukaran pound mesir kepada USD amatlah rugi jika ditukar.
Tukaran Semasa : USD 300 = RM 945.75 WAJIB TUKAR!Untuk permulaan ketika mula2 sampai ke sini.
Untuk mengetahui kiraan terkini,klik SINI
Untuk mengetahui kiraan terkini,klik SINI
5)KAD BANK
Selalunya orang-orang disini buka akaun HSBC.Buat akaun bersama,dua penama antara waris dan pelajar Sebelum ke Mesir,test deposit dan withdraw duit supaya berfungsi kad tersebut…nanti bila datang ke mesir,tak berfungsi…menangis tak berlagu…kena pulak duit beribu2 pulak dalam akaun tu…pergi dekat HSBC,kata kat dia nk bukak akaun bersama.Diorang faham…
Akaun bersama : akan dapat 2 kad bank.satu untuk waris kita dan satu kad lagi untuk kita.Nanti senang lar ayah nk deposit duit.Tapi,mentang-mentanglah kat sini duit kita tinggi kat Mesir,jangan boros.Bila buat kad HSBC akaun bersama,ayah kita juga boleh tahu baki duit di dalama akaun tersebut.maksudnya,akaun hanya satu tapi boleh diakses menggunakan 2 kad bank,yang ada dekat kita dengan waris kita nanti.
6)BARANG MAKANAN (Paling Penting Untuk Anda Di Mesir)
Barang-Barang Yang Perlu Dibawa & Tiada Di Mesir
PERINGATAN : Ini hanya cadangan…akh tak suruh entum membawa kesemuanya.Pakat dengan kawan2,bawa sorang sikit,baru tak berat beg.Sebab nanti nk bubuh baju lagi,barang peribadi lagi
Barang-barang yang tidak disenaraikan di bawah,ada di Mesir.(tidak semua) - jangan beli jenis nak guna seminggu,beli sepapan / sekotak (untuk kegunaan jangka masa panjang) ...Jangan beli satu dua bungkus je taw...haha
1-Ikan Bilis (PENTING)
2-Ikan Kering/Ikan Masin*** (PENTING)
3-Rempah Masakan (Ayam-Ikan-Udang-Sotong-Ketam-Kurma-Kunyit)
4-Minuman segera (MILO-Nescafe-RADIX-Horlicks) ***
5-Makanan segera (Maggi-Bihun PAMA-Ruski dll…tapi kat Mesir pun ada Maggi…Indomee nama dia)***
6-Santan serbuk ( Bawa ala kadar , ada dijual di mesir sekarang ni )
7-Perencah (Nasi Goreng-Bihun Goreng-Tom Yam-Sup-Sup bunjut)
8-Kiub (Ayam-ikan bilis-Tom Yam)***
9-Sos dan Kicap (cari yg botol plastik/beli yang dalam paket 1kg)- (SINI XDE SOS CILI )
10-Asam jawa***
11-Asam keping***
12-lada hitam , lada sulah***(PENTING)
13-cili kering*** (PENTING)
14-Kerisik***
15-Serunding***
16-Daun limau***
17-Bihun (ada di Mesir tp mahal sangat2)
18-Serbuk Perasa (Maggi Cukup Rasa/Hilal/Know Pasti Sedap)
19- Budu ( Sedap wooo , kenal budu kat sini ) (PENTING)
20-Belacan (balut dengan palstik/kertas tebal supaya tidak berbau) (PENTING)
21-Daun kesum***(bukan daun ketum ye , jgn salah nnti ..haha)
22-Daun pandan***
Tanda *** ialah yang tidak digalakkan bawa.Tapi tiada masalah untuk membawa.diingatkan sekali lagi,pakat dengan kawan2,bawak sikit2 barulah ringan beg.Cuma kalau penuh sudah barang just bawa mana yg di'highlightkan penting tu jeee pon ok daa )
Jangan Bawa!
(bukan bermaksud tidak boleh sama-sekali untuk bawa.Cuma,tidak digalakkan.Kalau entum rasa ia perlu untuk diri ,silakan bawa.Tujuan akh berkongsi di bawah hanyalah untuk memudahkan entum membawa perkara yang lebih penting.Ia juga dapat menjimatkan ruang beg/bagasi entum)
(bukan bermaksud tidak boleh sama-sekali untuk bawa.Cuma,tidak digalakkan.Kalau entum rasa ia perlu untuk diri ,silakan bawa.Tujuan akh berkongsi di bawah hanyalah untuk memudahkan entum membawa perkara yang lebih penting.Ia juga dapat menjimatkan ruang beg/bagasi entum)
1-Periuk nasi
2-Beras
3-Ubat gigi
4-Berus gigi
5-Daedorant
6-Sikat
7-Pemotong kuku
8-Gunting
9-Pisau
10-Penyangkut baju
11-Sabun
12-Syampu
13-Pisau cukur
14-Pemotong rambut
15-Barang2 kosmetik
16-Pencuci muka
17-Air mineral
18-CD/DVD
19-Duit MALAYSIA
20-Minyak wangi
21-Periuk belanga
22-Cawan
23-Pinggan
24-Sudu/garpu
25-Broadband
26-Garam/Gula
27-Mee
28-Kuew Teow
29-LESUNG BATU
30-Petai (terpulang kalau nak bawa , tetiba rindu petai ke )
7)KAD SIM
Di Mesir terdapat 3 telco utama iaitu Vodafone Egypt,Etisalat dan Mobinil Jangan risau,soal sim card akan diuruskan oleh abang2/kakak2 lama.Mereka akn tunjukkan kepada anda nantisetelah datang ke sini.
8)DOKUMEN-DOKUMEN PENTING
1.SALINAN IC MAK AYAH
2. sALINAN PENYATA GAJI MAK AYAH
3.SALINAN SURAT BERANAK
4.SALINAN KAD PENGENALAN SENDIRI,MAK AYAH, ADIK BERADIK
5.SALINAN SLIP SPM,SIJIL-SIJIL YANG PENTING
DAN YANG PALING PENTING ANTARA YANG TERPENTING ADALAH PASSPORT
kerana passport ibarat kad pengenalan kita disini , dan tolong sangat2 jaga nya elok2 jgan hilang atau tersalah tempat pon
* ini semua utk memudahkan urusan jikalau mahu memohon bantuan zakat /biasiswa atau sewaktu dengannya , orang arab tak nak pon tgk benda ni semua ...hahaha
Rasanya itu sahaja yang akh boleh kongsi dgn entum semua sebagai persediaan ke mesir , apapun akh harap jgn mengalah bila sampai di sini , walaupun tempat ini tak seperti yang ada dalam gambaran atau fikiran entum semua .
AHLAN WASAHLAN ILA MISR WA KULLU AM WAANTUM BILKHEIR , IN SHA ALLAH
SAHSIAH TERBINA MANHAJ AL-AZHARI TERLAKSANA
BEKERJA UNTUK ISLAM BERSAMA KAMI
SAHSIAH TERBINA MANHAJ AL-AZHARI TERLAKSANA
BEKERJA UNTUK ISLAM BERSAMA KAMI
Wednesday, 4 February 2015
Universiti Bukan Kilang : Adakah ini produk ber"TILTLE " seorang mahasiswa??
Salam ,
agak lama dah ana tak post kat sini dan sudah terlalu lama ana tak jenguk blog ini, haha agak berhabuk jugak ..
Baru baru ni , ana asyik terfikir dan tertanya tanya , adakah seorang mahasiswa ini perlu menjadi hanya setakat seorang pelajar yang mana hanya setakat rutin harian nya
pergi belajar di kuliah di pagi hari
dan
membuat assingment di waktu malam
dan
pabila dah nak start pekse pekse sem mula sibuk bertanya soalan spot
dan
juga topik yang masuk dalam pekse tu nanti ,
ini hal yang membuatkan ana tertanya tanya adakah ini apa yang dipangggil MAHASISWA ???
Jadi , persoalan-persoalan sebeginilah yang membuatkan pening nak fikir , well actually tak perlu pon pikiaq , sebab semua sudah besar dan boleh berfikir sendiri kan ??
Cuma apa yang ana suka untuk kongsikan adalah peranan mahasiswa yang jauh lebih penting dalam menentukan hala tuju sesebuah agama, bangsa dan negara .
Laaa....asal pulak gitu ??
Yelah , oklah ana suka untuk melihat tentang mahasiswa ini daripada sudut mahasiswa di malaysia kerana waqi' atau tempat sebenar atau lapangan ilmu dan praktikal yang sebenar adalah di malaysia kelak, jadi mana mungkin tetiba ana nak ambil contoh dari mahasiswa negara lain..
Firstly , perkataan MAHASISWA :: kita kenalah definisikan perkataan tersebut sendiri
MAHA = berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud paling , amat
SISWA = ditakrifkan sbgai penuntut ilmu , pelajar , berfikir , bersungguh
Jadi kita boleh takrifkan bahawasanya MAHASISWA ini adalah seorang penuntut ilmu yang tidak pernah rasa puas dengan ilmu , ingin dan ingin lagi
Persoalan yang timbul adalah : Apakah Pemikiran kritis merupakan satu kepentingan terhadap mahasiswa pasca kini ???
Dalam menjawab permasalahan yang timbul ini , apa yang ana boleh lihat salah satu faktor ketirisan pemikiran dalam kalangan mahasiswa di Malaysia ialah antaranya ::
1) Kelemahan institusi pengajian
Kelemahan ini sangat jelas ,iaitu kurangnya wadah, wacana, perbahasan ilmiah di institusi tempatan. Ini dapat dilihat apabila banyak forum yang cuba dibuat disekat atas alasan yang tidak masuk akal.Kekurangan forum dan perbahasan ilmiah membuatkan mahasiswa alpa akan kepentingan mereka dalam membentuk jati diri sendiri dan memacu negara
2) Kelemahan mahasiswa
Ana akui kelemahan mahasiswa adalah kelemahan yang boleh dikatakan paling ketara dalam menilai aspek ketirisan pemikiran yang semakin kurang sehingga menjadi satu perkara yang membimbangkan . Antara sebab yang boleh kita lihat adalah ::
Minat
Minat seorang mahasiswa tidak sama dan kebanyakkan daripada kita kurang akan kesedaran tentang " Peranan Kuasa Seorang Mahasiswa "
Sikap
Ini adalah satu asbab yang paling besar dalam kelemahan mahasiswa iaitu sikap , manakan tidak banyak antara kita mempunyai lebihan / lemak-lemak MALAS
Terus , ia menjadi sebab budaya ilmu kurang dan memberi effect kepada kurang ketirisan pemikiran.
dan banyak lagi faktor yang menyebabkan berlakunya ketirisan pemikiran dalam kalangan mahasiswa, AKAN TETAPI yang paling zahirnya
Walau dimana sahaja ,insititut pengajian , apa yang boleh kita cakap , ia melahirkan seorang mahasiswa yang kurang jati diri dan kurang hubungan masyarakat dan kurangnya skill-skill yang develop dalam diri atau apa yang boleh disebut sebagai " SOFT SKILL " .
Kegagalan institusi yang bertindak sebagai "playmaker " dalam masyarakat umpanya sebuah kilang yang hanya mencetak sijil-sijil diploma,ijazah dan sebagainya.
Dan apabila terjun dalam kancah masyarakat , mahasiswa yang dikeluarkan/dibuat oleh kilang-kilang seperti ini mati /lemas dalam merungkai /menjelaskan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.
Jadi betapa pentingnya ana mahu menyatakan pemikiran perlu kerana mahasiswa mempunyai kuasa dan jika kuasa yang ada itu dikawal dengan pemikiran yang berlandaskan Al-quran dan hadith serta Ijma' ulama dan Qiyas. Pastinya ia akan mencorakkan masyarakat yang bertamadun tinggi.
Bertamadun :: Jiaklau apa yang dikupas oleh Sarjana Islam dahulu kala , tamadun bukan sahaja dari sudut lahiriah sperti bangunan , teknologi akan tetapi dari segi Zahiriah juga iaitu pembentukkan adab , sifat , pemikiran yang mantap
Konklusinya ,
Mahasiswa perlu bangkita sekarang , ubah diri , ubah jadual pengurusan masanya , ubah sikapnya , ubah budaya ilmunya . Mulakan dari sikit jangan terus terjun , kerana dikhuatiri tenggelam..
Salam .
agak lama dah ana tak post kat sini dan sudah terlalu lama ana tak jenguk blog ini, haha agak berhabuk jugak ..
Baru baru ni , ana asyik terfikir dan tertanya tanya , adakah seorang mahasiswa ini perlu menjadi hanya setakat seorang pelajar yang mana hanya setakat rutin harian nya
pergi belajar di kuliah di pagi hari
dan
membuat assingment di waktu malam
dan
pabila dah nak start pekse pekse sem mula sibuk bertanya soalan spot
dan
juga topik yang masuk dalam pekse tu nanti ,
ini hal yang membuatkan ana tertanya tanya adakah ini apa yang dipangggil MAHASISWA ???
Jadi , persoalan-persoalan sebeginilah yang membuatkan pening nak fikir , well actually tak perlu pon pikiaq , sebab semua sudah besar dan boleh berfikir sendiri kan ??
Cuma apa yang ana suka untuk kongsikan adalah peranan mahasiswa yang jauh lebih penting dalam menentukan hala tuju sesebuah agama, bangsa dan negara .
Laaa....asal pulak gitu ??
Yelah , oklah ana suka untuk melihat tentang mahasiswa ini daripada sudut mahasiswa di malaysia kerana waqi' atau tempat sebenar atau lapangan ilmu dan praktikal yang sebenar adalah di malaysia kelak, jadi mana mungkin tetiba ana nak ambil contoh dari mahasiswa negara lain..
Firstly , perkataan MAHASISWA :: kita kenalah definisikan perkataan tersebut sendiri
MAHA = berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud paling , amat
SISWA = ditakrifkan sbgai penuntut ilmu , pelajar , berfikir , bersungguh
Jadi kita boleh takrifkan bahawasanya MAHASISWA ini adalah seorang penuntut ilmu yang tidak pernah rasa puas dengan ilmu , ingin dan ingin lagi
Persoalan yang timbul adalah : Apakah Pemikiran kritis merupakan satu kepentingan terhadap mahasiswa pasca kini ???
Dalam menjawab permasalahan yang timbul ini , apa yang ana boleh lihat salah satu faktor ketirisan pemikiran dalam kalangan mahasiswa di Malaysia ialah antaranya ::
1) Kelemahan institusi pengajian
Kelemahan ini sangat jelas ,iaitu kurangnya wadah, wacana, perbahasan ilmiah di institusi tempatan. Ini dapat dilihat apabila banyak forum yang cuba dibuat disekat atas alasan yang tidak masuk akal.Kekurangan forum dan perbahasan ilmiah membuatkan mahasiswa alpa akan kepentingan mereka dalam membentuk jati diri sendiri dan memacu negara
2) Kelemahan mahasiswa
Ana akui kelemahan mahasiswa adalah kelemahan yang boleh dikatakan paling ketara dalam menilai aspek ketirisan pemikiran yang semakin kurang sehingga menjadi satu perkara yang membimbangkan . Antara sebab yang boleh kita lihat adalah ::
Minat
Minat seorang mahasiswa tidak sama dan kebanyakkan daripada kita kurang akan kesedaran tentang " Peranan Kuasa Seorang Mahasiswa "
Sikap
Ini adalah satu asbab yang paling besar dalam kelemahan mahasiswa iaitu sikap , manakan tidak banyak antara kita mempunyai lebihan / lemak-lemak MALAS
Terus , ia menjadi sebab budaya ilmu kurang dan memberi effect kepada kurang ketirisan pemikiran.
dan banyak lagi faktor yang menyebabkan berlakunya ketirisan pemikiran dalam kalangan mahasiswa, AKAN TETAPI yang paling zahirnya
Walau dimana sahaja ,insititut pengajian , apa yang boleh kita cakap , ia melahirkan seorang mahasiswa yang kurang jati diri dan kurang hubungan masyarakat dan kurangnya skill-skill yang develop dalam diri atau apa yang boleh disebut sebagai " SOFT SKILL " .
Kegagalan institusi yang bertindak sebagai "playmaker " dalam masyarakat umpanya sebuah kilang yang hanya mencetak sijil-sijil diploma,ijazah dan sebagainya.
Dan apabila terjun dalam kancah masyarakat , mahasiswa yang dikeluarkan/dibuat oleh kilang-kilang seperti ini mati /lemas dalam merungkai /menjelaskan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.
Jadi betapa pentingnya ana mahu menyatakan pemikiran perlu kerana mahasiswa mempunyai kuasa dan jika kuasa yang ada itu dikawal dengan pemikiran yang berlandaskan Al-quran dan hadith serta Ijma' ulama dan Qiyas. Pastinya ia akan mencorakkan masyarakat yang bertamadun tinggi.
Bertamadun :: Jiaklau apa yang dikupas oleh Sarjana Islam dahulu kala , tamadun bukan sahaja dari sudut lahiriah sperti bangunan , teknologi akan tetapi dari segi Zahiriah juga iaitu pembentukkan adab , sifat , pemikiran yang mantap
Konklusinya ,
Mahasiswa perlu bangkita sekarang , ubah diri , ubah jadual pengurusan masanya , ubah sikapnya , ubah budaya ilmunya . Mulakan dari sikit jangan terus terjun , kerana dikhuatiri tenggelam..
Salam .
Subscribe to:
Posts (Atom)



