Kekadang ramai tak ibu bapa luar sana berasa pelik tak bilamana dahulu anak-anak anda di waktu usia sekolah rendah sangat performed akan tetapi meningkat remaja (alam senior sek menengah) prestasinya berkurang , kntroversinya bertambah dan juga sebaliknya , pelik betul ??
Pernah tak kita tertanya
KENAPA?
MENGAPA ?
BAGAIMANA?
Di waktu usia mereka bersekolah rendah , hadaf utama mereka adalah belajar semata-mata untuk ilmu serta didorongi oleh ibu bapa yang sangat jitu membuatkan mereka termotivasi untuk menjadi lebih cool~
Masa dan keadaan terus berlalu...........
Usia anak meningkat dan terus memasuki alam sek menengah ,
Pada usia ini , anak sudah mengerti serta mempunyai perasaan yang pelbagai dan suasana sekitar mereka yang turut berubah ...
kit aperasankan perkara ini ???
Waktu ini anak-anak telah dibayangi dengan pelbagai ideologi yang mengikis tujuan hadaf al-u'laa dalam belajar kerana selalu dibayangi oleh ideologi seperti ini :
"Anda harus lulus SPM"
" anda harus lepas PT3 "
"Anda jangan luahkan pendapat anda ,kalau tak nak diambil tindakan "
"Anda wajib dapat 4 flat "
serta pelbagai ideologi yang telah mengkategorikan dan mengehadkan percambahan kreatif idea anak-anak anda. Pelbagai bentuk ketakutan ini telah membayangi pemikiran anak-anak tersebut .
Nah ! , hasilnya anak-anak mula takut terhadap bayang yang dicipta oleh suasana sekeliling mereka seperti takut dibayangi ketakutan :
-menjawat nombor terakhir dalam peperiksaan
-takut untuk mengulangi tahun pengajian
-takut tidak dapat memenuhi 'everyone expection'
dan segala bentuk ketakutan yang ada
Dalam konteks ini , bukanlah mahu menyalahi ibu bapa mahupun guru ! TIDAK ! bukan itu tujuan aku menulis !
Pelik bukan ? lalu salah siapa ? siapa yang harus dipersalahkan ?
kerna apa yang membentuk pemikiran yang spesimik seperti ini disebabkan sistem yang ada ,
Kenapa aku tulis begitu ? aku ni anti-sistem ke ?
Bukan begitu , seperti yang aku tegaskan sebelum ini , tiada siapa yang harus dipersalahkan , hanya setiap orang antara kita menyedarinya itu adalah salah kita ataupun tidak ...
Sistem ini mahukan yang " THE BEST " , " THE SPECIAL " , " THE POPULAR " , "THE RICHEST " untuk terus mendokongi sistem yang ada ini .
Lalu...
Diperah sekalian kudrat anak-anak daripada segala bentuk semata-mata dapat memenuhi spesifikasi yang ditanda aras oleh sistem tersebut tanpa mengambil tahu /memandang enteng akan justifikasi yang akan berlaku .
Sesiapa yang tidak "FIT IN COLUMN" dalam sistem tersebut ,akan dikeluarkan dan dibiarkan mereput agar dapat memberi anak-anak yang telah memnuhi kriteria yang mereka letak untuk mengambil alih ...
Akan tetapi ...
Aku tegaskan bahawasanya bukannya aku meletak salah ini atas sesiapa mahupun sistem , adapun ini sudah menjadi adat dan "by hook or by crook " kita kena hidup juga dalam adat yang dicipta ini dan cuba kekal " survive " dalam sistem ini .
Adapun apa yang aku cuba sampaikan ,
Bagi anak-anak seperti aku, hiduplah dalam kehidupan anak, kesialapan yang lalu usahlah ditangisi lama dan tindakan proaktif haruslah dibuat kembali kerana kita diajar untuk "survive " , "fit in system ".
Bagi ibu bapa , tatkala melihat anak anda jatuh tersungkur ,segera ! paut tangan anak anda dan pimpinlah mereka untuk mendepani ujian yang mendatang dan teguhlah menyokong mereka kerana penokong setia yang mereka hanya ada pada mereka adalah anda berdua !
Bagi guru-guru , didiklah anak muridmu seikhlas hatimu , dan elakkanlah mengajar untuk memenuhi KPI kementerianmu atau seumpama dengannya , kerana apa ?
Unibersity bukanlah kilang ! Sekolah bukanlah Penjara !
Mahasiswa bukanlah Furbished Set ! Pelajar bukanlah Banduan !
Ajarilah mereka bagaimana untuk kekal berada dalam "food chain " dan "survive" , dan yang paling penting ! ajarilah mereka mengenal siapa tuhan mereka , siapa pencipta mereka ....
Kepada sistem?
Tiada apa yang dapat aku katakan mengenainya , sistem adalah buatan manusia , dan manusia tidak pernah terlepas daripda membuat kesilapan , apa yang menjadi keutamaan adalah meletak pemahaman ttentang agama yang dianuti , kerana mesej utama setiap agama adalah memberi keamanan dan kesejahteraan .....
lalu kenapa ia harus dipisah dari kehidupan mereka ??
Selamat Datang Wahai Anak-Anak Ke Menara Gading
