Tuesday, 11 February 2014

SMS :: Baki iman anda 9 sen , sila top up

"korang tahu kan merokok ni haram ??"

"Ala, ko tu mualaf aku da jadi islam lebih lama dari kau , tahu tak ?"

"Then , kenapa ko masih hisap benda ni"

"Cis, gi mampus laa , ko kisah apa ? kubur masing-masing"


Selalu kita tonton di kaca tv , drama atau filem  apabila bercerita tentang islam kita akan lihat betapa egonya menjawab seolah perasaan mahu menang itu wujud dalam diri....

Setiap inci manusia mempunyai secebis (kadang -kadang) rasa ego ini tanpa dia sedari.....oklah , masih musykillah kabir lagi ??  Misalannya pabila kita dengar orang bercerita mengenai dirinya sebolehnya kita juga mahu menceritakan tentang diri kita juga  persis mahu menampakkan " YES AKULAH LEBIH HEBAT SEBENARNYA" ...

jadi adakah apa yang dilontarkan oleh ana ini juga merupakan sebuah contoh bahawa itu ego ?? ...

tanpa kita sedari itu antara tanda-tanda syiri' ....jika dipelajar , terdapat byk cabang dalam syirik ini , tapi apa yang diputarkan oleh ana sekarang mengena syirik kecil...yang orang quoteskan "small but powerfull"

Kadangkala ni sudah menjadi rutin kehidupan kita seharian, Eh pelik nya kenapa pula boleh menjadi rutin harian ???

Masyi....masyi....lihat seharian hidup anda  , memang akan ada  apa yang kita ucap yang tanpa disedari seperti memuji diri kita...ha ! dapat sudah kan?

APA KENA MENGENA DENGAN TAJUK INI ??-- (=_=") 

Ini  tandanya kelemahan iman, guane lemahnya iman? . Dalam persoalan ini kita a"rif hadith nabi yg sudah ternyata hassan ( peringkat yg sohih) iaitu:

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasullulah SAW telah bersabda :
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah mennggalkan apa yang tidak berfaedah baginya 
(Riwayat Tirmidzi) , dalam kitab Riyyadus Solihin 

Sesunggunya sikap sebegini melemahkan iman kita , dalam konteks yang lain ...ini perlu ditransformasikan untuk menjadi yang lebih baik ..betul tidak ?

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim ibn Aus Al-Darie r.a bahawa Rasullulah SAW bersabda ::
agama itu nasihat .Kami bertanya "untuk siapa Ya rasullulah ?" Baginda bersabda lagi ::Untuk Allah , untuk kitabNya, untuk RasulNya ,untuk para imam kaum muslimin dan untuk umat islam keseluruhannya
(Riwayat Imam Muslim)

Agama Islam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan , mencipta kemajuan,dan pembangunan , sama ada kkemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani

Sayugia sini coretan untuk kali ini....Fikrah untuk Islam :)

                                                Pantai Ageba , Matrouh . Egypt
Ciptaan Allah itu Indah ,ambillah iktibar darinya

No comments:

Post a Comment